06 February 2011

Catitan Istimewa: Baby oh baby... Kau buat kami gelisah...



Seperti yang di rancang, hari ini daddy membawa ibu ke klinik untuk membuat kad rawatan mengandung. Dah lebih 3 bulan, nanti kalau lambat buat kad, ibu pula dimarah jururawat nanti. Tau-tau la kan... Eh! Baby mana tau, daddy dengan ibu je tau. Kalau kat klinik gomen, memang macam tu. Lagipun lepas ni, daddy tak plan pun nak pergi situ lagi, tiap-tiap bulan daddy akan bawa ibu pergi check kandungan kat klinik swasta dan pakar. Lebih cepat, lebih efektif. Hari ini nak buat kad saja ibu terpaksa menunggu sehingga 2 jam baru selesai segala urusan. Letih. Ibu nak kena masuk kerja lagi hari ni. Daddy takpe la, daddy cuti hari ni.

Kesian ibu, kena ambil darah. Ibu selalunya pitam bila ambil darah, sebab tu daddy temankan ibu. Jadi nanti kalau baby dah lahir, jangan lupa hargai jasa ibu tau. Jangan buat ibu marah, jangan buat ibu menangis.



Sekarang baby dah ada kad merah. Kad ini akan rekod segala maklumat perkembangan baby semasa dalam kandungan. Kakak-kakak dan abang punya dulu pun ada. Kad ni perlu kalau nak bawa ibu pergi check baby kat klinik swasta nanti. Nanti baru ada bukti yang ibu dah check baby kat klinik swasta. Kalau tidak nanti ibu kena marah lagi dengan jururawat kerajaan.



Ni maklumat baby untuk hari ini. Usia baby sekarang ni 18 bulan. Tapi kan baby... Baby tau tak, ada tulisan merah kat maklumat baby. Kenapa ye? Ibu dan daddy agak risau sekarang. Kalau merah tu tandanya ada benda yang tak kena.

Ok, daddy zoom bagi nampak tulisan....



Nampak tak baby? Ermm... Mesti baby tak nampak kan? baby masih dalam kandungan. Itu adalah ukuran baby sekarang. 18cm. Sekarang ni umur baby 14 minggu dalam kandungan sepatutnya saiz baby lebih kurang umur baby, tapi sekarang saiz baby agak besar dari umur baby. 2 kali jururawat tu ambil ukuran baby untuk pastikan saiz baby. ukuran tetap sama. bermakna memang baby agak besar sekarang ni.

Memang kalau ikutkan perut ibu lebih besar dari biasa. Kebiasaannya kalau 3 bulan, masih tak berapa nampak perut ibu, tapi ni baru 3 bulan dah start nampak macam mengandung 4-5 bulan.

Jururawat tak dapat pastikan sebab apa. Tapi ada 2 kemungkinan, mungkin ibu ada kencing manis atau baby ni kembar. Ye ke baby? Baby kembar? Kalau betul-betul kembar, daddy orang paling happy dalam dunia, dah lama daddy idam anak kembar.

Kalau nak kata kencing manis, keturunan sebelah ibu takde yang kencing manis. Apa-apa pun daddy dan ibu doakan baby normal. Takde masalah. InsyaAllah maybe daddy akan bawa ibu pergi ke klinik swasta untuk buat scanning untuk pastikan puncanya.

Namun, baby masih ada appointment dengan doktor kerajaan pada 20 Februari nanti. Nanti daddy bawa ibu lagi ye....






Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

Next previous home
Related Posts with Thumbnails