Showing posts with label Perkampungan Pahlawan Murut. Show all posts
Showing posts with label Perkampungan Pahlawan Murut. Show all posts

07 October 2010

The Amazing Race Asia 4 Episod 3



Minggu ini cabaran kembali diteruskan dan masih ada 9 lagi pasukan dari pelbagai negara menyahut cabaran untuk mendapatkan hadiah utama yang berupa US$100,00.

Dari Kampung Tanjung Aru yang mana merupakan Pitstop episod yang lepas, pasukan Ivan dan Hilda telah dilepaskan pada pukul 5 pagi oleh Allan Wu sebagai pengacara TARA4. Mereka dikehendaki ke Pusat Kawalan Axiata di Kuala Lumpur untuk mencari gambar patung Budha dan meneka dimanakah lokasi patung tersebut bagi mengetahui lokasi seterusnya mereka dikehendaki pergi.

Kali ini mereka berlumba keluar dari Malaysia menuju ke Bandasanaike, Columbo, Sri Lanka. Di sana mereka perlu mendapatkan klu seterusnya di sebuah kuil Gangaramaya.

Tugasan seterusnya adalah detour iaitu samada mereka perlu memilih tugasan 'Count' atau 'Carry'. Untuk tugasan Count, mereka dikehendaki mengira jumlah ikan di dalam bekas manakala bagi tugasan Carry pula mereka dikehendaki membawa beberapa ketul ais di sebuah pasar yang sibuk dengan berkeadaan baik.

Selepas tugasan detour, mereka dikehendaki ke Nugegoda Station Road. Di situ mereka dikehendaki menjual kacang dengan harga 15 rupees dan hendaklah mendapat hasil jualan 600 rupees bagi mendapatkan klu seterusnya.

Roadblock adalah tugasan seterusnya. Mereka dikehendaki menjahit pakaian. Disamping itu terdapat Yield bagi task itu. Pasukan India iaitu Sunaina & Dimple telah mengenakan Yield terhadap pasukan Singapore, Claire & Michelle kerana mereka tidak berpuas hati semasa di KLIA dulu.

Akhirnya mereka dikehendaki menuju ke Independent Square sebagai pitstop untuk episod kali ini. Pasukan dari Malaysia iaitu Khairie dan Ethan berasa tertekan pada ketika ini kerana pemandu tut-tut memaksa mereka menaiki tut-tutnya dengan menawarkan kadar tambang yang amat tinggi dan pasukan tersebut telah menolaknya tetapi pemandu sebut semakin agresif tetapi akhirnya pemandu tersebut mengalah juga.

Berikut merupakan pasukan-pasukan yang tiba di pit stop mengikut turutan:
1. Sunaina & Dimple (India) Previous: 3
2. Hussein & Natasha (Indonesia) Previous: 9
3. Ivan & Hilda (Malaysia) Previous: 1
4. Claire & Michelle (Singapore) Previous: 7
5. Khairie & Ethan (Malaysia) Previous: 5
6. Richard & Richard (Philippines) Previous: 2
7. Jess & Lani (Philippines) Previous: 8
8. Manas & Sahil (India) Previous: 4
9. Wendy & Alan (Hong Kong) Previous: 6

Manas & Sahil yang pada mulanya berada ditempat ke-7 dibatalkan ketibaannya kerana mereka tidak membayar tambang tut-tut secukupnya. Mereka terpaksa membayar dahulu sebelum kembali semula ke karpet pitstop dan menerima tempat ke-8 dengan rasminya.

Wendy & Alan yang terakhir tiba di pitstop. Mereka bernasib baik kerana episod kali ini adalah pre-detemine, non-elemination round namun mereka tetap dikenakan penalti 30 minit sekiranya mereka tidak mendapat tempat pertama pada episod akan datang yang boleh menyebabkan mereka tersingkir.




Bermula Episod kali ini, aku akan memberi markah mengikut carta prestasi setiap pasukan. Mungkin kita dapat predict siapakah bakal terkeluar pada episod akan datang.

Carta prestasi:
1. Sunaina & Dimple (India): 7 + 8 + 9 = 24 points
2. Ivan & Hilda (Malaysia): 5 + 10 + 7 = 22 points
3. Richard & Richard (Philippines): 9 + 9 + 4 = 22 points
4. Khairie & Ethan (Malaysia): 10 + 6 + 5 = 21 points
5. Claire & Michelle (Singapore): 8 + 4 + 6 = 18 points
6. Manas & Sahil (India): 4 + 7 + 2 = 13 points
7. Hussein & Natasha (Indonesia): 2 + 2 + 8 = 12 points
8. Wendy & Alan (Hong Kong): 6 + 5 + 1 = 12 points
9. Jess & Lani (Philippines): 3 + 3 + 3 = 9 points

Kalau mengikut carta prestasi nampaknya Jess dan Lani tersorok di bawah tapi mungkin kelebihan pada pasukan mereka kerana pasukan Wendy dan Alan akan dikenakan penalti sekiranya tidak menjadi pasukan pertama tiba di pitstop seterusnya.

Di manakah kebenarannya, kita saksikan cabaran di episod akan datang.






Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

30 September 2010

The Amazing Race Asia 4 Episod 2



Sebentar tadi telah ke udara episod ke 2 TARA4 di channel AXN. Kesinambungan dari episod yang lepas, pasukan pertama yang sampai ke pitstop pada minggu lepas iaitu Ethan dan Khairi dari Malaysia dahulu telah dilepaskan dari kapal pelancongan Star Cruise dan telah diarahkan ke Pantai Batu Feringgi untuk mendapatkan klu yang seterusnya.

Dari Pantai Batu Feringgi, lokasi seterusnya, mereka dikehendaki terbang ke Kota Kinabalu, Sabah. Memandangkan tiada penerbangan terus ke Kota Kinabalu, Kesemua kumpulan terpaksa mengambil 'connecting flight' Penang - Kuala Lumpur - Kota Kinabalu.

Bertuah bagi pasukan Ethan dan Khairi kerana mendapat penerbangan awal. Kesepuluh kumpulan telah terpecah kepada beberapa penerbangan memandangkan tiket kapal terbang telah habis dan teramat malang bagi pasukan Hilda dan Ivan kerana terlalu lambat untuk mendapatkan tiket ke Kota Kinabalu setibanya mereka ke Kuala Lumpur.

Hilda yang agak emosi pada episod lepas, kali ini agak 'cool' walaupun berada dibelakang kesemua pasukan lain.

Dari Lapangan Terbang Kota Kinabalu, mereka menuju ke Perkampungan Pahlawan Murut untuk mendapatkan klu seterusnya. Di sana, mereka dikehendaki menari tarian tradisi kaum Murut dan akhirnya dikehendaki memegang kepala ular untuk mendapatkan klu seterusnya. Yani dari Indonesia yang cukup fobia kepada ular menangis bagaikan orang hilang akal tapi dapat ditenangkan oleh rakan pasukannya Nadine.

Lokasi seterusnya adalah di Pasar Malam Kota Kinabalu di mana mereka dikehendaki memakan lebih dari 100 biji bebola ayam. Pasukan yang memakan bebola ayam yang terbanyak akan mendapat kelebihan 20 minit lebih awal untuk task seterusnya.

Tugasan seterusnya adalah di Sutera Harbour Marina yang mana kesemua pasukan terpaksa menunggu keesokkan paginya kerana lokasi tersebut hanya dibuka pada pukul 8 pagi. Di situ mereka telah dikenakan road block iaitu menyelesaikan puzzle di dalam air untuk mendapatkan klu yang seterusnya. Terdapat beberapa pasukan gagal menyelesaikan puzzle tersebut dan dikenakan penalti selama 4 jam.

Tugasan Detour mula mengambil tempat di dalam perlumbaan episod ini di Pulau Sapi. Setiap kumpulan dikehendaki memilih salah satu task yang diberikan iaitu Rapid Water ataupun Rapid Fire.

Akhirnya, Kampung Tanjung Aru menjadi pitstop bagi episod kali ini. Amat memeranjatkan bagi pasukan Hilda dan Ivan kerana mereka tidak menjangka menjadi pasukan pertama secara rasmi menjejakkan kaki ke pitstop kedua memandangkan merekalah pasukan terakhir yang tiba di Kota Kinabalu.

Berikut merupakan pasukan-pasukan yang tiba di pit stop mengikut turutan:
1. Ivan & Hilda (Malaysia) Previous: 6
2. Richard & Richard (Philippines) Previous: 2
3. Sunaina & Dimple (India) Previous: 4
4. Manas & Sahil (India) Previous: 7
5. Khairie & Ethan (Malaysia) Previous: 1
6. Wendy & Alan (Hong Kong) Previous: 5
7. Claire & Michelle (Singapore) Previous: 3
8. Jess & Lani (Philippines) Previous: 8
9. Hussein & Natasha (Indonesia) Previous: 9
10. Yani & Nadine (Indonesia) Previous: 10

Pasukan Yani dan Nadine dari Indonesia akhirnya telah disingkirkan daripada perlumbaan kali ini. Bermakna tinggal 9 pasukan yang akan berentap di episod akan datang.




Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

previous home
Related Posts with Thumbnails