17 April 2012

Program Teknologi Petroleum di INSTEP - PETRONAS (Pengambilan Julai 2012)


Institut Teknologi Petronas (INSTEP) telah mengeluarkan iklan bagi program Teknologi Petroleum bagi pengambilan Julai 2012. Tarikh permohonan adalah bermula 16 April 2012 sehingga 26 April 2012.


Syarat-syarat permohonan:
Permohonan mestilah dibuat secara "online" melalui portal laman web INSTEP. (Permohonan akan dibuka mulai 16 Apr 2012, jam 8.00 pagi dan ditutup pada 26 Apr 2012, jam 5.00 petang).

Setiap permohonan dikenakan yuran proses sebanyak RM10.00 (Sepuluh Ringgit Sahaja) dan bayaran hendaklah dibuat atas nama PETRONAS TECHNICAL TRAINING SDN BHD melalui CIMB Bank - No. Akaun: 13020021371054.

Untuk memudahkan urusan permohonan, anda dinasihatkan menjelaskan wang proses terlebih dahulu bagi mendapatkan nombor siri slip bayaran.

PERHATIAN :
Sila simpan slip pembayaran (untuk diserahkan sebagai bukti pembayaran) sekiranya anda dipanggil untuk sesi temuduga nanti.
Jika anda membuat pembayaran yuran proses menggunakan money order/postal order, sila catatkan Nama dan Kad Pengenalan di belakangnya dan hantar ke :

Lot 9764, Mukim Batu Rakit,
21020 Kuala Terengganu, Terengganu.

Sila teliti/dapatkan setiap panduan yang disediakan di laman web bagi mengelakkan sebarang kekeliruan semasa mengisi maklumat permohonan secara "online".

Untuk maklumat lanjut dan permohonan secara online, sila layari laman web INSTEP




Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

Next previous home
Related Posts with Thumbnails