19 May 2011

Nuffnang - Grapevine - Churpchurp interlinking features

Wahhh topik... Cam international je... Tapi tetap lokal hihihih...

Aku nak citer pasal feature baru dari Nuffnang. Mungkin ada blogger dah cukup faham macamana benda ni berfungsi tapi mungkin masih ada yang blur-blur kucing menikus. Bagi yang dah faham, lepas baca entri aku ni, sila la komen dan tambah kalau ada yang kurang.

Feature terbaru yang diperkenalkan oleh Nuffnang ialah Grapevine. Nak tau macamana? Ini haa gambarnya



Sebenarnya ia adalah iklan Nuffnang tapi telah di combine bersama frame Grapevine. Ini dipanggil skyscraper adsense unit dan paling best, benda ni muncul hanya sekali sekala sahaja di blog-blog yang ada meletakkan coding Nuffnang. Jadi, kepada blogger atau reader yang jumpa benda ni kat mana-mana blog memang bertuahlah.

Kelebihan Grapevine ni, korang tak perlu ada blog untuk dapat habuan dari iklan tersebut. Apa yang perlu korang ada hanyalah akaun Churpchurp. Jadi blogger dan bukan blogger sama-sama boleh dapat habuan walaupun bukan blogger hanya menumpang campaign Grapevine orang lain akan tetapi kelebihan bagi blogger, mereka dapat habuan yang sama sekiranya ada orang menumpang campaign Grapevine di blognya.

Macamana nak mula?

Mudah saja... Kalau tengok pada gambar atas tu, iklan Nuffnang yang telah dikurung oleh frame Grapevine dan terdapat 2 step di bawahnya.



Step 1: Korang kena publish campaign tersebut dengan menekan button-button yang disediakan pada frame tersebut. Memandangkan kita guna platform Facebook untuk berkempen, bermakna kita perlu tekan button Facebook tersebut. Bila dah tekan, 1 popup akan keluar dan kita hanya perlu share di wall kita.



Step 2: Lepas berjaya publish campaign tersebut ke wall Facebook, apa yang perlu kita buat, kita hanya claim earning di step 2 dengan memasukkan email yang korang korang daftar dengan Churpchurp. Sekiranya korang login Churpchurp dengan menggunakan ID Facebook, masukkan email yang korang guna untuk login ke Facebook.

Bila dah berjaya, korang punya Grapevine akan di combine dengan Churpchurp dan segala earning dari Grapevine akan ditunjukkan di akaun Churpchurp. Contoh macam kat bawah ni.



Korang boleh tengok hasil earning dari campaign Grapevine dengan menekan link history tersebut seperti contoh di bawah:



Ini contoh earning aku, aku baru je cuba-cuba 2-3 hari ni dan hasilnya memberangsangkan melebihi Churpchurp. Aku tak faham macamana calculation Unique click VS Amount Creditted tapi rasa macam agak berbaloi.

Untuk ulangi publish campaign Grapevine, korang hanya perlu copy Sharing links yang disediakan tu dan paste di wall Facebook. Sharing links itu hanya unique untuk korang saja. Setiap orang akan dapat lain-lain unique link tapi aku tak sure sampai bila link tu akan expired.

So, aku harap penerangan aku ni membuatkan korang mudah untuk faham. Selamat membuat duit sampingan :-)




Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

Next previous home
Related Posts with Thumbnails