03 January 2011

Persekolahan 2011 kini bermula



Setelah penangguhan persekolahan negeri Terengganu ditangguhkan sehari sempena cuti umum kemenangan piala AFF Suzuki, hari ini sekolah bermula. Tidak ketinggalan anak-anak aku juga. Tahun ini ketiga-tiga anakku melangkah ke sekolah dengan harapan mereka dapat menimba ilmu dan pengalaman.



Apa yang agak perit bagi aku pagi ini terpaksa terkejar-kejar kerana ketiga-tiga anak-anak aku bersekolah di sekolah yang berlainan. Yang sulung di Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail, tahun 2. Yang ke-2 di Tadika Yayasan, 5 tahun. Yang ketiga pulak di Tabika Kemas, 4 tahun.

Masing-masing semangat je bangun pagi ni sebab dah diumpan dengan segala peralatan baru, baju baru dan segala-galanya barulah kata orang. Persiapan dah dibuat sejak permulaan cuti dahulu so takde la nak terkejar-kejar last minute.



Si kakak-kakak ni takde masalahlah hantar diorang sebab semuanya dah ada pengalaman bersekolah. Tapi si hero aku ni ha... Pagi-pagi OK je bangun, mandi, pakai baju semua. Masa hantar kakak-kakak diorang still takde masalah. Tapi bila sampai je kat sekolah dia, terus meragam taknak masuk kelas. Puas dipujuk sampai ibu dia sekali kena duduk. Lepas tu cikgu umpan dia dengan mainan. Diam-diam kitorang blah tanpa dia sedar.

Perut pun dah keroncong, so gi makan dulu. Aku suruh wife aku call cikgu tanya camana dah hero aku tu. Cikgu tu bagitau tadi menangis sekejap tapi sekarang dah OK dah. Hopefully esok dia dah start selesa dah. Kalau tak nanti jadi masalah plak bila aku dan wife aku dah start kerja.

Lagi sejam nak gi jenguk nombor 2 apa cerita, pastu pukul 12 mau pergi ambil si hero plak. Si hero ni bukan nak suruh belajar sangat. Kecik lagi, baru 4 tahun tapi sekadar nak bagi dia pengalaman bersekolah.

Apa-apa pun anak sulung aku tahun ni ditempatkan di kelas teratas yang mana keputusan peperiksaan tahun lepas, kesemua pelajar di dalam kelas itu seramai 35 orang mendapat 5A. Memang agak mencabar sikit untuk maintain prestasi dia tahun ni supaya tidak turun ke kelas bawah tahun depan. Aku pun dah beli banyak buku latihan tahun 2 untuk dia mulakan latih tubi nanti.

Hopefully, dia boleh berdaya saing dengan kawan-kawannya yang lain.




Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

Next previous home
Related Posts with Thumbnails