30 January 2011

Daftar sekolah



Sebelum ni kebiasaannya bulan Mac baru start sekolah buka pendaftaran untuk tahun 1 tapi tahun ni bulan Januari dah buka untuk pendaftaran. Aku pun last minute baru dapat info, itu pun lepas tengok banner kat sekolah lain seminggu lepas. Balik rumah terus lupa balik. Last-last wife aku bagitau orang dah start register, baru aku ingat balik pasal banner tu.

Ingat nak daftar khamis lepas dah tapi slip gaji plak takde. Wife aku tak bagitau plak nak slip gaji. Last-last hari ni baru dapat register anak aku yang akan bersekolah tahun 1 pada tahun 2013.

Ingatkan dah ramai register, rupanya untuk yang akan bersekolah pada tahun 2013 baru ada 13 orang. Tapi takpe la, register awal lagi bagus sebab sekolah ni kebiasaannya limited dan kebanyakkannya anak-anak orang 'elite' yang bersekolah di sekolah ni. Kan register lambat takde tempat pulak untuk anak aku nanti. Pengesahan akan dibuat pada Ogos 2012.... Tahun depan tu :-)

Next year daftar Daniel plak. So, kepada yang belum daftar anak sekolah especially yang akan berada di tahun 1, 2012, esok dah last day untuk daftar. Untuk area Kemaman rasanya semua daftar bulan Januari rasa-rasanya. Jangan sampai anak tak bersekolah plak nanti ye.




Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

Next previous home
Related Posts with Thumbnails