11 November 2010

Shamrin Fotograf meninggal dunia



Penyanyi Fotograf, Shamrin Abdul Samad, 43 meninggal dunia petang tadi.

Allahyarham yang popular dengan lagu Di Alam Fana Cinta pada era 90-an dikatakan rebah ketika bermain futsal di Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Menurut rakan baiknya yang juga penyanyi kumpulan Bumiputera Rockers, Johari Mat Rozekhi atau Joey, Shamrin sempat memaklumkan badannya kejang ketika kejadian itu berlaku.

“Kami terus mengangkatnya ke dalam kereta untuk dibawa ke hospital, tetapi pada masa itu, wajahnya sudah kebiruan," kata Joey yang turut menyertai perlawanan antara artis Malaysia dengan pasukan MAA Insurance itu.

Pagi tadi beliau baru sahaja hadir di majlis pelancaran Duit Syiling P. Ramlee, tampak sihat seperti biasa.

Jenazah dibawa ke Hospital Pakar Al-Islam, Kampung Baru untuk bedah siasat. Marilah kita sedekahkan Al-Fatihah buat arwah Shamrin, moga rohnya di tempatkan dalam kumpulan orang beriman. Amin.





Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

Next previous home
Related Posts with Thumbnails