19 October 2010

Penangan Lagu Dakwah Maher Zain - Lagu Dakwah vs Black Metal.


Nama Maher Zain ini, dah lama dengar tapi buat tak kisah sangat tentangnya. Lagu yang bertajuk " InsyaAllah". Sedap pula, bila dihayati senikatanya dalam bahasa inggeris, baik juga maknanya. Memuji Allah SWT dan memberi banyak nasihat dalam beberapa lagu lain.

Baru-baru ini iaitu malam khamis yang lepas, beliau membuat pertunjukkan di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Selangor. Ada beberapa lagu beliau bertajuk "Thank You Allah" dan "Save The Soul" yang laris di pasaran sekarang. Kadang-kadang memuji Allah SWT melalui lagu pun mendapat balasan di dunia ini. Tetapi nawaitu itu yang sangat penting. Berdakwah dalam lagu banyak memberi kesan kepada minda-minda manusia yang kosong.



Mungkin juga inilah cara-cara untuk menarik golongan muda kearah Islam melalui lagu dan senikatanya perlu disesuai dengan jiwa-jiwa yang kehausan dan dahagakan suntikan semangat keIslaman. Jika lagu-lagu Black metal boleh merosakkan minda dan akidah anak muda sehingga ada yang fanatik, sanggup pijak Al-Quran. Ini berlaku dahulu dan perlu dibendung gejala negatif melalui lagu-lagu dakwah seperti Maher Zain. Lagu Black Metal banyak memuja setan dan Iblis Laknatullah yang kebanyakan datang dari Black Metal negara barat.

Lambang Black Metal


Lambang Zionisme (Penyembah Syaitan)



CIRI-CIRI MENGENALI PERWATAKAN BLACK METAL

1. Pakaian serba hitam yang dilambangkan dengan kepala tengkorak, bintang lima bucu dengan kepala kambing dan salib terbalik.

2. Tanda-tanda yang nyata sebagai ahli kumpulan ini ialah parut di bawah dagu yang ditoreh dengan duit syiling.

3. Memakai aksesori perempuan serba hitam dan apabila sudah matang sebagai ahli, mereka akan diminta memijak al-Quran sebagai tanda menghinanya.

4.Ahli kumpulan terdiri dari kalangan remaja Melayu antara 15-35 tahun sebagai division satu, manakala umur 13-19 tahun dinamakan division dua.

5. Berzikir nama-nama syaitan dengan mengangkat tangan (lambing syaitan).

6. Masa berkumpul mereka ialah waktu lewat malam hingga menghampiri waktu subuh dengan memasang lilin, muzik yang agak pelik di samping mengangkat kedua-dua tangan dengan jari berbentuk (lambing syaitan).

PERKARA-PERKARA BERTENTANGAN DENGAN ISLAM

Dari aspek akidah:

1. Memijak al-Quran
2. Memuja iblis dan syaitan serta membenci Tuhan
3. Beramal dengan fahaman tiada agama (free thinker)
4. Anti ketuhanan dan anti agama
5. Mengaku dirinya telah murtad
6. Merosakkan minda dan memesongkan akidah

Dari aspek syariah:

1. Bakar dan hina al-Quran.
2. Mendakwa diri sebagai pengikut syaitan.
3. Melakukan upacara meditasi dan pesta puja api.
4. Meminum arak dan darah.
5. Mengamalkan seks bebas.
6. Menggalakkan amalan bunuh diri.
7. Menggalakkan pembunuhan.

Dari aspek akhlak:

1. Suka muzik berbentuk heavy metal, ganas, perlakuan kejam, liar, mengagungkan syaitan dan memuja roh.

2. Minum darah binatang yang dibunuh kejam sebagai simbolik anti ketuhanan dan semua agama.

3. Berpakaian tidak senonoh serta aksesori seperti rantai, salib terbalik dan pentagram, mengukir parut di bawah dagu yang ditoreh dengan duit syiling.

4. Suka berfoya-foya seolah-olah tiada pegangan agama dan bercampur gaul lelaki dan perempuan serta mengamalkan seks bebas.

5. Mempunyai kitab sendiri yang mencampuradukkan beberapa ayat suci al-Quran tulisan rumi, hadis dan Injil

6. Ada remaja wanita yang berbogel sambil mengoyak al-Quran dan ditaburkan, kemudian menghina ayat suci itu dengan melakukan seks di atas cebisan naskah al-Quran.

7. Meminum darah kambing hitam sebagai syarat jadi ahli, minum holy water serta membayar wang ahli sebanyak RM30.

8. Menghisap dadah. Sebagai warga yang bertanggungjawab, kita mestilah sentiasa bekerjasama bagi menangani fahaman sesat dan ekstrim seperti Black Metal ini, bagi memastikan rakyat dan Negara ini bebas dari ancaman anasir-anasir yang terlampau, sehingga boleh menggugat keamanan dan ketenteraman Negara.




Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

Next previous home
Related Posts with Thumbnails