18 September 2010

Simpan duit raya

Alhamdulillah... Rasa macam dah ada mood sikit nak berblogging lagi. Aku rasa dah sebulan aku takde mood nak menconteng blog ni. Semuanya sebab lepas aku berhenti merokok, buat otak aku jadi beku dan kaku. Macam takde idea sangat-sangat. Tapi aku takkan merokok balik hanya kerana tu kan? Tahniah untuk aku, kerana aku dah berjaya 6 minggu tanpa merokok. Hihihihi....

Aih! Lari tajuk la pulak.... Sebelum tu aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Aku tau blog aku ni kadang-kadang panas, kadang-kadang boleh buat orang terasa tapi aku hanya insan biasa.

Oh! Bila dah raya, yang paling hepi adalah budak-budak termasuklah anak aku hihi... Dan yang paling botak kepala adalah orang tua sebab kena spare duit raya banyak-banyak hahahah!!! Tengoklah duit raya aku spare ni



Tik tok tik tok, pejam celik dah berapa hari dah Syawal. Aku pun masih ada lagi cuti 3 hari sebelum masuk ofis balik. Sebelum masuk ofis, baik aku setelkan apa yang masih belum setel dan salah satunya adalah menyimpan duit raya anak-anak aku ke dalam akaun masing-masing.

Anak-anak aku dah ada akaun sendiri sejak diorang lahir lagi. Segala duit yang diberikan kepada mereka, akan aku simpan di dalam akaun diorang dan aku juga ajar diorang menabung. Aku sediakan tabung sorang satu dan bila tiba masa, aku sendiri akan korek untuk masukkan ke akaun diorang. Camtulah aku didik diorang supaya berjimat cermat dari kecil sampailah sekarang.



So, semua duit dah kira, dah pack, aku ingat Ahad ni nak pergi bank simpan duit diorang ni. Ntah apa hadiah pulak dapat kali ni. Kalau Akaun Nuri Bank Rakyat biasa akan dapat hadiah bila menyimpan, bergantung kepada jumlah simpanan yang dibuat.

Kepada anak-anak, kalau baca pakcik punya entri ni, janganlah boros duit raya tu ye, baik serahkan kepada mak ayah, mintak diorang bukak akaun bank juga. Senang nanti kalau dapat biasiswa, akaun bank dah ada.




Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

Next previous home
Related Posts with Thumbnails