25 August 2010

Holocaust Part 4

Holocaust : Dongeng Yahudi (I)

“Sekiranya Eropah memang bersalah melakukan pembunuhan terhadap bangsa Yahudi pada Perang Dunia II lalu, mengapa Palestin yang harus menanggung akibatnya? Seharusnya Eropah menyediakan tanah di wilayahnya sendiri untuk mendirikan negara Israel.

Sekiranya pembunuhan itu tidak pernah berlaku, lalu mengapa Eropah mendukung pendirian negara Israel di atas tanah Palestin dengan alasan penderitaan bangsa Yahudi pada Perang Dunia II?”
(Mahmoud Ahmadinejad, Presiden Iran)



Pernyataan keras Presiden Iran tentang Holocaust ini menimbulkan kemarahan para pemimpin Eropah. Kaunselor Jerman, Angela Merkel mengatakan, “Sebagai Kaunselor Jerman dan dalam pandangan tanggungjawab sejarah, saya hanya boleh mengatakan bahawa kami menentang hal ini dalam bentuk yang paling keras dan kami akan melakukan apa saja yang mungkin untuk menjelaskan bahawa tidak boleh ada ancaman apapun bagi hak Israel untuk terus wujud dan kita harus mengambil pandangan yang realistik dan jelas tentang sejarah, dan hal itu termasuk dalam tanggungjawab Jerman.”

Holocaust atau peristiwa pembunuhan enam juta Yahudi Eropah pada zaman Perang Dunia Kedua, bagi kebanyakan orang adalah sebuah fakta sejarah yang tidak dinafikan. Namun, tidak kurang ada juga sejarawan yang berkaliber seperti Robert Faurisson dan Profesor Roger Garaudy yang berasal dari Perancis, yang harus menanggung hukuman dan denda akibat tulisan mereka yang menafikan fakta dibalik Holocaust, antara lain : tidak mungkin ada enam juta orang Yahudi pada zaman itu. Bahkan, jumlah korban daripada bangsa Eropah dalam Perang Dunia II sesungguhnya jauh lebih besar daripada bangsa Yahudi itu sendiri.


Holocaust : Dongeng Yahudi (II)

Usaha untuk mengungkapkan kebenaran tentang Holocaust memang memerlukan kudrat yang sangat besar. Pada ketika ini sejarawan Inggeris, David Irving, sedang ditahan di Austria dan menunggu proses pengadilan terhadapnya. ‘Jenayah’ yang dilakukan oleh Irving adalah : mengingkari fakta Holocaust! Warga Britain tersebut kini sedang dalam proses dihadapkan kemuka pengadilan atas kesalahan ‘mengingkari Holocaust’. Beberapa orang yang lain juga mengalami nasib serupa, misalnya Ernest Zandel berasal dari Kanada, Gatsom Amadeus wartawan berasal dari Swiss, George Ashley, seorang guru berasal dari AS, dan Dr. Joel Heyward yang berasal dari New Zealand. Mereka harus menjalani hukuman atas keberanian mereka menafikan fakta adanya pembunuhan sistematik terhadap bangsa Yahudi (Holocaust) pada Perang Dunia II.

Pada dekad 1980-an, organisasi Zionisme Internasional telah menyusun undang-undang yang bertujuan untuk mencegah terhapusnya peristiwa Holocaust daripada lipatan sejarah. Pada bulan Julai tahun 1990, undang-undang ini diluluskan oleh pemerintah Perancis. Dalam undang-undang ini disebutkan bahawa segala bentuk keraguan terhadap peristiwa Holocaust, baik berupa keraguan terhadap adanya Holocaust itu sendiri, atau keraguan atas jumlah korban (iaitu 6 juta orang) dalam peristiwa itu, atau keraguan tentang adanya bilik gas Nazi untuk membunuhi orang Yahudi, dikira sebagai tindakan jenayah dan boleh dijatuhi hukuman penjara antara 1 bulan hingga 1 tahun serta denda 2000-3000 Frank. Atas tekanan lobi-lobi Zionis juga, undang-undang serupa juga disahkan di Britain, Amerika Syarikat, dan negara-negara Eropah yang lain.

(Photo: David Irving in Vienna, a few hours before his arrest)



Holocaust : Dongeng Yahudi (III)

Pertanyaannya kini, apakah Holocaust itu mitos atau fakta? Saya yang bukan sejarawan, tentu tidak punya kebolehan untuk menjawabnya. Disarankan anda semua membaca buku karya Prof. Roger Garaudy, ‘The Founding Myths of Israeli Politics’. Dalam buku tersebut dimuat secara jelas data-data mengenai (tidak adanya) Holocaust pada Perang Dunia II.

Namun, ada fakta menarik yang saya temui dalam Harian Kayhan terbitan Tehran. Fakta itu berbunyi, ‘Holocaust Memang Ada!’.

“Holocaust bermakna pembunuhan massal dengan cara membakar hidup-hidup mangsa, dan sebahagian ahli bahasa menyatakan bahawa asal kata ini bermula daripada kejadian pada abad ke-6 di Yaman. Pada abad ke-5, Dinasti Himyarite menakluk kerajaan Saba di Yaman. Pada abad ke-6, seorang raja Dinasti Himyarite, iaitu Raja Dzu Nuwas, mengubah agama kerajaan (yang pada awalnya Kristian) menjadi agama Yahudi. Dalam rangka ini, dilakukan pembunuhan massal terhadap orang-orang Kristian yang masih berkeras tetap dengan agama asal mereka.

Diceritakan bahawa pada peristiwa itu, Raja Dzu Nuwas duduk di singgasanannya dengan dikelilingi para Rabi Yahudi. Di hadapan mereka ada kayu-kayu bakar yang telah disusun dan api dinyalakan sehingga terbentuklah unggun api yang sangat besar. Tak jauh dari tempat itu, orang-orang Kristian, termasuk anak-anak dan perempuan, tua dan muda, dikumpulkan dengan tangan terikat. Suara jeritan menyayat hati kemundang ke udara. Lalu, Raja Dzu Nuwas mengeluarkan perintah dengan suara keras dan kaum Kristian Yaman itu pun dibakar hidup-hidup.


Holocaust : Dongeng Yahudi (IV)

Ya, Holocaust memang pernah terjadi, iaitu pembakaran hidup-hidup orang-orang Kristian Yaman abad ke-6. Namun, bezanya, Holocaust yang disebut-sebut menimpa kaum Yahudi pada Perang Dunia Kedua dijadikan alasan untuk membantu mereka mendirikan sebuah negara khusus untuk Yahudi, demi mencegah terulangnya sejarah. Dengan kata lain, agar kaum Yahudi dapat hidup aman dan tenteram, perlu didirikan sebuah negara khusus. Pada awalnya, kawasan yang menjadi pilihan adalah Ethiopia dan Argentina. Namun, kedua wilayah itu dianggap kurang strategik dan muncul lah Palestin sebagai pilihan. Apalagi, Palestin juga memiliki sejarah panjang, yang sangat berkait rapat bagi justifikasi pendirian negara Israel di wilayah itu. Kaum Yahudi pada zaman dahulu kala pernah tinggal di sana dan kemudian terusir, lalu hidup menebar di berbagai negara di dunia. Bahkan, disebut-sebut dahulu adanya Kuil Sulaiman (Solomon Temple) milik bangsa Yahudi, yang kini diatasnya telah dibangunkan Masjidil Aqsa.

Lalu, bermulalah sejarah pahit bagi bangsa Palestin itu. Pada masa-masa akhir penjajahan Inggeris di Palestin, secara sistematik datanganlah orang-orang Yahudi Zionis (kita perlu membezakan antara Yahudi murni dan Yahudi berfahaman Zionis yang menyokong pendirian negara Israel) yang mengganas, merampas, atau membeli secara paksa tanah milik orang-orang Palestin. Setelah Inggeris meninggalkan Palestin pada tahun 1948, Zionis pun memproklamasikan berdirinya negara Israel. Sayang, mereka melupakan satu fakta penting. Bangsa Palestin majoritinya adalah muslim, yang memiliki satu prinsip : jihad memperjuangkan tanah air adalah sebuah kewajiban. Itulah sebabnya, segala bentuk penindasan dan keganasan yang dilakukan tentara Zionis –termasuk juga propaganda global untuk mendukung Zionisme dan mencitrakan bangsa Palestin sebagai pengganas – hingga kini tidak pernah memadamkan api perjuangan bangsa Palestin.

Zionis juga melupai satu logik penting : kalau benar mereka menjadi korban Holocaust yang dilakukan tentara Nazi Jerman, mengapa yang harus menebus kesalahan itu adalah bangsa Palestin dan mereka dianggap berhak mendirikan negara Israel di tanah-tanah Palestina?

Khaibar.. .Khaibar Yaa Yahud… inna jaysya Muhammad saya’ud!





















Tentera Yahudi Nazi Dibawah Pimpinan Adolf Hitler (I)

(Hilmi Halim)
(Sumber : William D. Montalbano, ‘The Jews in Hitler's Military’ & Tom Tugend, ‘Grad Student Uncovers Jews Who Fought For Adolf Hitler’.)

“Tidak semua mangsa korban pembunuhan oleh tentera Nazi itu adalah orang-orang Yahudi sahaja, tetapi orang Yahudi adalah antara mangsa yang menjadi korban dalam pembunuhan tersebut.” -Elie Wiesel bercakap mengenai Perang Dunia Kedua (WWII)-

“Sekiranya terdapat tentera Yahudi didalam angkatan bersenjata tentera Hitler, kenapa tiada seorang yang mengetahui apa yang bakal berlaku (Holocaust) dan tidakkah mereka cuba untuk menyelamatkan nyawa semua mangsa, ini adalah sesuatu yang tidak boleh diterima dan mengaibkan.” -Rabbi Marvin Hier, Pengarah Institut Simon Wiesenthal-

Sebelum ini kita dikejutkan dengan kewujudan tentera Muslim berbangsa Albania, Bosnia dan Crotia didalam angkatan tentera Nazi menerusi Divisyen Hanzar yang dipimpin oleh Syeikh Amin al-Husseini, Mufti Besar Jerusalem. Tahukah bahawa selain tentera Muslim Hanzar, tedapat tentera Yahudi yang turut berjuang bersama Nazi dibawah pimpinan Adolf Hitler?

Kebenaran mengenai orang-orang Yahudi yang menyertai angkatan besenjata Nazi dibawah pimpinan Adolf Hitler adalah sesuatu yang tidak boleh diterima akal. Masakan mereka boleh menyertai angkatan bersenjata berkenaan sedangkan pada masa yang sama, angkatan bersenjata tersebutlah yang telah menjalankan proses penghapusan (genosida) orang-orang Yahudi sendiri melalui peristiwa Holocaust.

Tentera Yahudi Nazi Dibawah Pimpinan Adolf Hitler (II)

Tetapi, itulah hakikat yang harus diterima apabila beribu orang-orang Yahudi sebenarnya turut menyertai angkatan bersenjata tentera Nazi dibawah kendalian dan kebenaran Adolf Hitler sendiri. Bryan Mark Riggs, seorang pengkaji daripada University Cambridge telah berjaya mengesan salasilah keturunan Yahudi daripada lebih 1 500 orang tentera Nazi, termasuk 2 orang Panglima Tertinggi Angkatan Tentera dan 15 orang berpangkat Jeneral (2 orang Jeneral, 8 orang Leftenan Jeneral, dan 5 orang berpangkat Mejar Jeneral) yang mempunyai kuasa memberi perintah rasmi terhadap 100 000 orang tentera dibawah kendalian mereka.

Didalam hampir 20 kes, tentera Nazi berbangsa Yahudi didalam angkatan bersenjata Nazi telah dianugerahkan dengan anugerah terhormat dan tertinggi dalam ketenteraan Jerman iaitu ‘The Knight’s Cross’.

Kajian Rigg juga turut menemukan sebuah kisah yang berkisar mengenai operasi menyelamat seorang Rabbi besar Yahudi Lubavitcher oleh tentera Nazi, yang berada di Warsaw semasa perang meletus pada 1939.

Joseph Isaac Schneerson dari Amerika Syarikat demi menjaga keselamatannya, telah merayu untuk pulang ke Jerman. Schneerson telah dibantu oleh seorang pegawai Jerman dimana Rigg dalam kajiannya mendapati bahawa pegawai Jerman tersebut merupakan seorang pegawai berpangkat tinggi yang bernama Maj. Ernst Bloch dan bapa beliau merupakan seorang Yahudi.

Orang-orang Yahudi juga turut berkhidmat didalam angkatan polis Nazi dan pengawal keselamatan sebagai polis ghetto (Ordnungdienst) dan sebagai pengawal di kem konsentrasi (kapos).

Jadi, apa sebenarnya yang berlaku untuk kita mendakwa yang Hitler menghapuskan semua orang-orang Yahudi, sedangkan pada masa yang sama beliau membenarkan orang-orang Yahudi menyertai angkatan tenteranya menentang Bolshevism dan kapitalis antarabangsa?

Gambar : Military service book of "half-Jew" Hermann Aub


Hitler’s Jewish Soldiers Gambar : Soldiers taking the oath of allegiance to Hitler


Hitler’s Jewish Soldiers

Gambar : "Half-Jew" Horst Geitner was awarded both the Iron Cross Second Class and the Silver Wound Badge


Hitler’s Jewish Soldiers

Gambar : This photo of "half-Jew" Werner Goldberg, who was blond and blue-eyed, was used by a Nazi propaganda newspaper for its title page. Its caption: "The Ideal German Soldier."







Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

Next previous home
Related Posts with Thumbnails