02 July 2010

Jamuan makan-makan sempena hari jadi anak dan isteri

Petang tadi aku buat majlis harijadi anak dan isteri aku yang jatuh pada 24 jun (isteri) dan 29 jun (anak). Memandang kedua-dua tarikh tu adalah hari bekerja jadinya aku plan hari ni buat majlis sikit, jemput saudara, jiran dan member-member terdekat.

Nampak mudah nak arrange majlis kan? Tapi memang memenatkan. Dari pagi sampai sebelum majlis, tak menang tangan.





Inilah arrangement untuk majlis tersebut. Simple jer... Perasan tak laptop tu? Bukan saje-saje aku letak kat situ. Selain dari untuk pasang muzik, aku ON webcam kat YM dan auto-accept orang yang nak view. Kira macam online event la ni hehehe... Bagus tak idea aku??


Goodies 1


Goodies 2

Ini plak goodies untuk kanak-kanak. Ada 2 jenis iaitu makanan ringan seperti coklat, snek, kacang dan juga mini cupcake. Tak habis pun...

Nak tengok kek?? Ada 2 jugak....


Kek 1 - kek oren


Kek 2 - kek coklat

Meriah jamuan tahun ni... Serba 2 tuh! Cuba perhatikan kek 1 tu, nampak cacat kan? Hahaha! Tu la kerja askar jantan aku. Masa pergi ambil kek, on the way balik aku singgah kedai beli air batu. Aku tinggalkan dia dalam kereta. Masuk jer aku tengok dia duduk tekan atas kotak~ Nasib baik laa dia tekan tepi, kalau tekan tengah-tengah tak tau laa aku nak kata apa lagi.... Jawabnya makan kek hancur la...

Ni plak acara mengambil gambar di depan kek. Yang ni gambar masa orang belum ramai lagi. Cuma anak-anak aku. kawan sekolah anak aku dan anak jiran aku.











Majlis bermula dari 4.30 - 6.30 petang tapi sampai pukul 7 pun still ada orang lagi. Bila dah abih kemas, ada lagi yang datang, anak saudara aku.... Kenalah keluarkan semula makanan yang masih ada... Tula... Sape suruh datang lambat, dah tak sempat makan kek oren yang best.

Gambar-gambar orang yang datang ke majlis...


Gambar ni diambil oleh askar jantan aku yang berumur 3 tahun.... Tu yang nampak senget jer...




Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

Next previous home
Related Posts with Thumbnails