10 May 2010

AF8: Shahir is back!

Baru aku perasan, lepas aku pindah blog hosting, takde lagi penulisan aku mengenai TV show. Adakah aku malas nak tengok TV or malas nak mengulas?? Hehehe.... memang 2-2 betul. Sebab hari yang paling efektif aku tonton TV hanya hari Isnin sebab malam tu ada The Amazing Race kat AXN channel. Hari-hari lain, aku tak berapa gemar.

Tapi baru-baru ni, aku dengar dalam radio ERA ramai yang marah pasal Shahir terkeluar dari AF8. Yeah, He's quite good bagi aku. AF tahun ni tak menyengat tapi bila persembahan Shahir aku suka tengok especially masa dia nyanyi lagu Ziana Zain tempohari.

Tapi malangnya dia terkeluar pada minggu ke-7 dan bermula pada itulah orang dok komen kenapa shahir boleh terkeluar dan ramai yang mintak AFMASUK.

Dan minggu lepas, kezutan kononnya... tapi kezutan tak menjadi langsung sebab orang dah boleh agak. Tak menjadi langsung kejutan tu sebab nampak macam tak real hahaha!! Mungkin Sarimah ngan Jimmy kena belajar lagi.

Nasib AFMASUK menyebelahi Shahir. Semoga peluang kedua yang dia dapat ni dia tak sia-siakan.




Sedikit sedutan berita dari Murai

KUALA LUMPUR, 9 MEI 2010: Seperti yang dijangka, pelajar 'favourite' AF8, Shahir kembali semula ke akademi selepas menerima undian AFMASUK tertinggi dalam Debaran AF sebentar tadi.

Pengumuman dibuat oleh hos, Sarimah Ibrahim dalam Debaran AF yang bersiaran secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil dan dipancarkan melalui Astro Ria (Saluran 104).

Shahir atau nama sebenarnya Ahmad Shahir Zawawi, 21 sebelum ini tersingkir di minggu ketujuh, satu keputusan yang mengejutkan ramai pihak kerana Shahir dikatakan sebagai pelajar yang memenuhi piawaian AF8 dan juga salah satu pelajar pilihan utama pengetua, Norman Abdul Halim untuk ke peringkat akhir.

Dengan meraih undian SMS tertinggi, Shahir menewaskan pelajar-pelajar lain termasuk Alif dan Anum yang sebelum ini turut menjadi pilihan ramai peminat AF8 untuk dimasukkan semula.

Debaran AF dimulakan dengan semua pelajar yang tersingkir sebelum ini bergabung menyanyikan lagu Menggegar Dunia nyanyian asal Adam dan Stacy.

Lima pelajar yang masih kekal juga turut mempersembahkan lagu bonus mingguan mereka, Andai Kau Pergi dari Indigo serta lagu rasmi Akademi Fantasia, Menuju Puncak.

Dengan kemasukkan Shahir, maka persaingan kembali sengit kepada 6 orang untuk merebut gelaran juara AF8.




P/S: Aku pun tak pernah AFUNDI huhuhuh.... Eh! Malam ni The Amazing Race Final?? Jangan terlepas peluang di saluran AXN 701




Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

Next previous home
Related Posts with Thumbnails