08 November 2009

Akhirnya tamatlah riwayat sang...............

Setelah sekian lama aku menghentikan operasinya, aku ingat dah takde dah... But I realize after small renovation at my kitchen, It's still alive. Aku dapat tau bila aku pasang siling dapur so, binatang kesayangan aku ni terperangkap tak dapat keluar dari rumah aku. Biasa benda tu masuk ikut lubang antara atap dengan dinding tapi oleh kerana aku dah tutup laluan tu, benda tu dah tak dapat masuk. Dah banyak kali dah dengar bunyi ada something dok gigit-gigit almari pakaian aku. Sometimes aku terserempak jugak... Last sekali makin serius cara penggigitannya... Aku tak tahan, by hook or by crook kena keluarkan juga benda ni.

Last week, aku nampak benda tu lagi. Tak boleh jadi ni... Aku ke kedai beli perangkap! Bila aku pasang, senyap jer tak bunyi langsung benda tu... Cerdik jugak kau ni ye... Aku still sabar....

Hari ini aku pergi ke bandar cari balang nak bela ikan kecik. Anak aku dok bising je nak ikan... Malangnya tak jumpa balang yang aku nak tu. So, balik rumah je lah... Tetiba anak jantan aku jerit 'kuss!! kuss!!' Aku tanya apa dia? Dengan serius dia kata lagi... 'kuss!'.

Aih! Ada lagi rupanya... Ingatkan dah keluar... benda tu lari masuk bawah kusyen cleopatra. Bawah kusyen tu sebenarnya dia dah buat lubang standby kot-kot tak lepas nak lari... Aku pun terus ambil kain tutup lubang bawah pintu semua bilik aku dan buka pintu dapur luas-luas! Anak-anak aku semua dah naik atas kabinet dapur hahaha!!


Tutup kain kat lubang pintu

Aku pun apa lagi, terbalikkan kusyen tu... Aih! takde plak... pastu aku betulkan balik kusyen tu... Tetiba benda tu keluar menuju ke bilik aku.... Ah!!! dia tau lubang tu tertutup! Terus dia melencong ke ruang tamu... Tak tau gak mana nak sembunyi sebab ruang tamu aku takde apa pun yang boleh jadi tempat persembunyian!

Aku pun ambik penyapu... Aik? hilang? Mana plak pergi... selak langsir... takde... ketuk-ketuk langsir pun takde... Tak puas hati, aku selak-selak lagi... Akhirnya nampak dia tengah bergantung kat langsir tu... Aku pun ketuk lagi ngan penyapu terus dia jatuh... Tergezut gak aku! Dia terus lari ke dapur. Aku tak sempat nak kasik penangan penyapu! Laju gak benda tu lari... Aku ingat dia nak lari terus keluar memandangkan aku dah bukak pintu dapur luas-luas. Rupa-rupanya dia ambik corner ke kanan terus ke bawah mesin basuh!!!!

Iskh!! Terlepas lagi... Aku pun ON mesin basuh tu, pastu set spinning kot-kot dia keluar. Tak keluar jugak... Penat camni... Aku fikir camana nak buat.... Aaaaa!!! Tahan perangkap mana tau kot-kot dia jadi bodo balik tak kenal perangkap hahaha!!! Bini aku suruh tahan perangkap gam sekali. So, benda tu ada 2 options, samada nak keluar dari rumah aku cara hidup atau cara mati.


Perangkap pertama

Lepas pasang dua-dua penangkap tu, aku pun tutup lampu, pastu kitorang keluar rumah, pergi rumah kakak aku sebab nak hantar motosikal... Lama jugak lepak kat sana. Dalam 9.45 malam, kitorang pun balik. Aku pergi tengok perangkap tu, tak terusik pun. Biarkan saja di situ...

Pukul 12 tengah malam... Tetiba bini aku dengar bunyi benda bergerak... Srhhh! Srhhh!! Dan lepas tu nampaklah benda tu dok seret kotak yang ada gam a.k.a perangkap gam tu. Menjerit dia, sekali ngan anak-anak aku yang belum tido. Aku apa lagi terus bingkas ke dapur carik penyapu! Rupanya hanya ekornya saja yang kena gam tu... Aku cuba ketuk ngan penyapu dan akhirnya kotak tu tersangkut kat kaki kabinet dan ekornya terlepas. Benda tu bersembunyi belakang kabinet.

Aku pun apa lagi, ambil perangkap tu dan letak kat laluan yang aku bajet dia akan tuju. Sememangnya ke kusyen cleopatra. Aku alihkan sikit kabinet tu dan ketuk ngan penyapu. Tepat tekaan aku, dia terus lompat dan terus lekat kat perangkap gam. Akhirnya!!! Kau tewas juga...

Gila!!! Dah besar rupanya benda ni... Masa aku tangkap 2 ekor dulu, kecil-kecil jer. Sihat betul dia tinggal kat rumah aku!!!!

Aku harap takde dah anak beranak dia lepak kat rumah aku lepas ni....




Sudah tamat riwayatmu wahai tikus

Sekian sahaja kisah peperangan saya dengan tikus untuk kali ini, saya sudahi dengan ucapan terima kasih....


P/S: Bagi kat Aju OK ni, buat kawan ngan hamster dia hahaha!!!




Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

Next previous home
Related Posts with Thumbnails