18 October 2009

Ke Kuala Terengganu: Menghadiri Majlis Khatam Al-Quran Kanak-Kanak 5-6 tahun peringkat Negeri Terengganu 2009

Kepenatan yang amat sangat, tapi demi anak sanggup berkorban apa saja. Minggu ni aku ke Kuala Terengganu sekali lagi untuk menghadiri Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Negeri Anak aku. Sebelum ni cadangan nak buat pada Nuzul Al-Quran yang lepas tapi dibatalkan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan so, tundalah sehingga Deepavali.

Journey aku bermula pada 16 Oktober 2009. Aku stay kat KT sebab pagi-pagi kena hantar anak aku kat Sekolah Tadika Yayasan Islam Kuala Terengganu pada pukul 7 pagi keesokkan harinya. Kalau nak bertolak pagi tu pun boleh, tapi pukul 4 pagi dah kena bertolak dah. Agak rush la kalau buat gitu.

Sampai kat Kertih aku berenti makan kejap. Isi perut penuh-penuh dulu sebelum meneruskan perjalanan hehe...

Tempat Akenz selalu lepak kalau dia datang sini, apa benda yang dia suka ntah stay kat sini, ntah-ntah ada bela ayam kot!

Sampai di KT, aku pergi mencari dulu lokasi sekolah tersebut dengan bantuan GPS. Aku tak pernah sampai area tu huhuh... Jumpa juga akhirnya. Dah nama Jalan Pusara, penuh ngan kubur Islam, kristian, buddha, vietnam je sepanjang perjalanan.

Lepas dah jumpa sekolah tu, aku pun menuju ke hotel. Aku stay kat budget hotel je sebab hotel lain dah penuh pasal Deepavali + budget kureng muahahaha!!! OK apa hotel ni, family room RM80 je. Katil untuk 3 orang, bilik besar, bersih tak macam aku gi Batu Buruk Beach Resort ari tu. Tapi yang kurengnya takde entertainment la untuk anak-anak aku. Hotel ni jadi pilihan aku sebab hotel orang melayu (sokonglah orang melayu sikit) dan baru so, keadaan bilik still fresh lagi laa hehehehe...


Memory bed.. Ehem! Ehem!!! Gentlemen, start your engine LOL! (Dah hobi, nak buat camana?)

Dah check-in, rehat dulu baring-baring. Dalam pukul 5 petang aku plan nak pergi carik lokasi untuk majlis khatam Al-Quran keesokkan hari.

Berpandukan GPS, aku ikut laluan yang ditetapkan. Sambil tu sempat lagi snap-snap gambar masa drive hehehe...


Aku pun tak pernah sampai area ni... Bila dah nak sampai tu, dari jauh dah nampak bumbung stadium yang kecoh pasal runtuh dulu. Still takde apa-apa tindakan. Dalam TV aku dengar dalam TV takdelah teruk sangat runtuhannya tapi bila dah tengok sendiri depan mata kepala aku, baru aku tau, 50% atau sebelah bumbung runtuh. MasyaAllah!!!


Majlis Khatam Al-Quran akan diadakan di Kuala Terengganu Indoor Stadium yang terletak bersebelahan dengan Stadium yang runtuh tu. Lepak-lepak situ sambil snap gambo dalam 15 minit, aku pun ronda-ronda lalu ikut airport dan tepi pantai Tok Jembal sebelum pergi ke Pasaraya Giant.


Bergambar di hadapan Kuala Terengganu Indor Stadium


Airport... Selepas renovation. Comel kan??

Sampai Giant dah pukul 6 petang. Perut dah start lapo, pusing-pusing dalam tu ingat nak cari food court tapi macam takde plak or maybe aku yang tak jumpa. Ni first time aku masuk dalam tu so tak tau camana dalam tu. Lastly nampakla kedai The Chicken Rice shop. Heh! Bleh try... TCRS pun aku tak pernah masuk lagi haha... Oklah makanan dia... 2 set RM30+

Lepas makan, aku masuk ke Giant pusing-pusing dalam tu. Tujuan aku nak beli hadiah x-boss aku kahwin je hari Ahad. Kebetulan dah ada kat KT dan tak dapat attend majlis dia hari Ahad so ingat esok nak singgah rumah dia kejap bagi hadiah je...



Tetiba plak anak aku si comel ni berak, habis kena baju seluar. Dah pakai diapers pun still bocor lagi. But then dapat idea, beli baju sepasang pergi salin kat toilet. Untung laa camni, berak je dapat baju baru!!! Botak kepala daddy!!!

Badan dah letih gila. Lepas tu ingat nak balik terus hotel tapi on the way balik, singgah kat Pantai Batu Buruk beli jagung bakar. Lepas tu terus balik... Sampai bilik, aku suruh anak-anak aku mandi dan tido awal dengan alasan esok nak kena bangun awal (padahal daddy ada projek lain hahaha)

Seawal 6 pagi lagi aku dah bangun mandi dan gi cari sarapan sebab pukul 7 pagi aku dah nak pergi hantar anak aku. Hotel tempat aku menginap ngan sekolah tu takdelah jauh sangat, 5 minit dah sampai. So, bila dah ready, aku pun pergilah hantar anak aku dan balik semula ke hotel untuk check-out.



Pukul 8 pagi aku pun check-out dan menuju ke Stadium semalam. Cuaca agak panas, bimbang gak kot-kot anak aku demam. Tapi hari ni macam aku plak nak demam huhu!!! Program bermula pada pukul 9.30 pagi sehingga 1 petang. Tapi aku agak bengang dengan mak bapak yang tak reti bahasa. Dah la datang lambat, pergi berdiri pulak kat pagar depan seater. Memang selfish gila!!! Tak reti nak respek orang langsung.


So, ini je la gambar yang aku dapat snap.... Nak snap banyak-banyak pun tak guna pun, bukannya nampak anak aku kat kumpulan ribuan kanak-kanak tu. Pakaian sama je, payah nak cam. Tahun ni paling ramai dan pecah rekod, kalau tak silap aku 2,644 orang kanak-kanak berjaya khatam Al-Quran untuk tahun ni.

Selesai semua program, aku terus ambil anak aku daripada cikgu yang menjaga dia, singgah kejap kat rumah x-boss aku dan terus pulang ke Kemaman tapi singgah makan tengahari kat Pantai Kelulut.




Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

Next previous home
Related Posts with Thumbnails