09 October 2009

Barnacle Removal Project



Hari ni dah masuk 3 hari aku supervise kerja-kerja barnicle removal project. Walaupun aku hanya supervise tapi letih gila sebab aku kena buat 2 kerja dalam 1 masa. Terkejar-kejar aku sampai lunch pun dah tak tau pergi mana.

Semalam awal gila aku tidur sebab keletihan. Kalau tak silap aku dalam pukul 8.30 malam aku dah start terbungkam atas katil. Kejut-kejut pukul 3 pagi....

To date, total 15 batang tiang dah dibersihkan. Remaining, 108 - 15 = 93 batang lagi... Esok cuti 2 hari dan sambung balik hari Ahad nanti. Itu pun untuk hari Ahad ni air surut ke paras ACD 1.5 adalah pada pukul 2.30 petang.

Hari ni team buat kerja masuk pukul 11 pagi untuk rearrange life line. Sebelum tu aku pergi ushar condition rakit. Semalam air pasang besar paras ACD 3.0 so tak tau ke mana rakit tu akan hanyut walaupun sudah diikat dan seperti hari-hari sebelum ni, rakit mendarat bawah jeti walaupun diletakkan jauh dari jeti hehe... Nampak macam ada kesan calar pada rakit, mungkin berlaga dengan struktur jeti masa air tengah pasang. Kalau macam tu takde masalah, aku takut rakit terhimpit bawah jambatan masa air pasang, takut rosak je rakit tu. So, inilah gambar rakit tu kalau korang nak tau... High class design nih haha!!



Aku still gelak sorang-sorang bila teringat kes rakit terbalik tu. Semalam dia demam, tak datang kerja, maybe demam terkejut kot. Hari ni dia ada, nampak dah OK. Masa dia jatuh tu, dia nampak macam panik semacam, padahal air paras pinggang je, dah pakai life jacket tapi still bergantung pada life line. Orang suruh lepas pun langsung dia tak lepas. Maybe dia assume area tu dalam kot. Biasa laa, kalau tengah panik macam-macam boleh jadi.

Masa aku duk ushar-ushar rakit, tetiba aku nampak benda ni... boleh tahan panjang... Aku pun snap-snap je la gambar... Memula aku ingatkan platypus rupanya....... Lu tengoklah sendiri...


Sambil-sambil tu snap-snap fasiliti-fasiliti yang ada kat dalam loji aku...



Inilah gambar tiang jeti... Sebelum dan selepas membuang teritip/barnacle...

SEBELUM

SELEPAS


Ini plak gambar-gambar masa diorang tengah arrange rakit dan semasa membuat kerja.


By next week agak kritikal sikit sebab dah start buat kerja kat area 10 - 16 meter dalam. Hopefully takde lagi kejadian yang tak diingini berlaku. Yang paling penting, diorang cukup rehat, dan tak panik sekiranya ada insiden semasa melakukan kerja...




Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

Next previous home
Related Posts with Thumbnails