24 August 2009

Dah 3 hari...

Pejam celik pejam celik dah 3 hari kita semua berpuasa. Begitu cepat masa berlalu. Esok dah masuk hari ke-4 Ramadhan. Tak lama dah syawal bakal menjelma. Mesti masing-masing tengah sibuk buat kuih raya, persiapan pakaian raya untuk diri sendiri dan anak-anak dan sebagainya. Tapi jangan lupa ye, zakat fitrah tu.... Wajib tu, yang lain tak penting sangat pun.

Anak sulung aku yang umur 6 tahun, 2 hari aku latih puasa penuh. Hari ni tak larat, puasa separuh hari je... Biarlah, biar dia belajar, buat setakat mana yang mampu.

Puasa tahun ni takde letih sangat pasal kerja pun tak berat, cuaca pun tak panas sangat. Petang dengan malam asyik hujan je... Alhamdulillah... Harap cuaca sebegini berterusan sampai ke raya. Tak taulah member-member aku yang berpuasa di Qatar, cuaca melebihi 50C huhuhu!!! Boleh menggelegak kepala otak. Takpelah, padan laa dengan apa yang diorang dapat. Tapi bagi aku hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Lebih baik di negeri sendiri. Aku sebenarnya teringin juga merasai pengalaman seperti diorang tapi masa masih tak mengizinkan sebab aku masih ada seorang ibu tua yang perlukan perhatian di sini. Kalau ada apa-apa yang terjadi sekurang-kurangnya aku ada di sisi.

But maybe someday, aku boleh juga sampai ke sana suatu hari nanti InsyaAllah. Namun rezekiku masih di sini. 4 tahun kebelakangan ini rezeki aku tak pernah tak cukup. So, aku rasa buat masa ini aku tak perlu lagi pergi ke mana-mana.

Apa lagi aku nak tulis ni? Aku mengantuk sangat-sangat... Malam tadi pun sama, aku tidur awal, tup-tup dah setengah jam lagi nak imsak. Lama betul aku tidur haha!!!

Hari ni pulak aku buat gila. Time lunch aku pergi kuantan hantar laptop aku ke service center. Arghh!!! Tension betul aku, makin nak abih warranty, makin banyak plak problemnya. Tapi oklah jugak, at least dapat motherboard baru, kira macam laptop baru la haha!!! Hopefully, lepas dapat balik ni, takde lagi laa problem pasal warranty dah start countdown dah... Apa-apa hal lepas ni, kena la aku repair sendiri.

Next week wedding anniversary aku, korang dah ready ke ngan hadiah untuk aku haaaa??????




Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

Next previous home
Related Posts with Thumbnails