16 August 2009

Aktiviti 16 Ogos 2009

Hari ni aku ambil cuti sempena birthday aku yang ke-31 (muda lagi nih...). Mula-mula aku plan nak gi klinik untuk buat medical check-up dengan sambung lesen je tapi tangan ni gatal gi masuk Maybank2u. Tetiba terbeliak mata tengok jumlah duit kat dalam tu bertambah. Oh! Rupanya ada duit masuk... Aku mesej member aku kat YM tanya betul ke gaji aku dah masuk? Dia kata gaji tak masuk lagi, bonus je masuk. Awalnya... 14 haribulan dah masuk huhu!!!

So, hari ni aku menambah perancangan aktiviti aku. Pukul 9, aku pergi ke Yellow Town (nama sinonim bagi Bandar Chukai sebab almost bangunan warna kuning). Memula aku pergi ke Klinik Liena Zaidi, ramai la plak orang hari ni... Kensel. Pergi ke Klinik Ibnu Sina plak. Takde orang so aku terus register untuk medical check-up.

Ok, siap medical check-up, aku terus ke Stesen Caltex. Situ ada mesin ATM Maybank. Masuk dalam tu dan terus keluarkan RM5000 dengan 4 kali transaksi haha!!! Letih kira duit depan mesin tu. Tebal poket aku.





Hahaha!!! Amacam? Kat 1 inci tebal duit RM50... Kira la kalau RM5000 ada berapa keping tu. Ni kali kedua kot aku pegang duit cash banyak-banyak gini. First time masa nak kahwin dulu huhu... Duit ni sebenarnya aku tak guna semua. Aku nak simpan dalam Bank Rakyat. Akaun Bank Rakyat aku jadikan sebagai tabung tetap. Aku takkan keluarkan kalau takde apa-apa yang memerlukan ianya dikeluarkan. Setakat ni yang keluar, kakak aku pinjam RM1500 dengan bini aku nak bayar yuran study RM1100. Selain tu aku pernah keluarkan RM1000 untuk tambun tanah tapi dah ganti balik dah... Dan diorang juga WAJIB ganti balik duit tu haha!

Pastu masuk kereta, pergi ke Bank Rakyat pulak. Jarak dari Stesen Caltex lebih kurang 200 meter jer. Parking kereta dan terus masuk bank. Bank Rakyat takde orang so, boleh la slow-slow isi borang. 4 borang aku isi, 1 untuk masuk ke akaun aku RM4500 dan 3 lagi ke akaun SSPN anak-anak aku RM100 setiap seorang (ni kes nak lari dari income tax la ni huhu!!).



Selesai urusan lebih kurang 10 minit, aku terus drive ke JPJ plak yang jarak lebih kurang setengah kilometer dari rumah aku. Masuk dalam bangunan, ambil nombor terus kena panggil. Wah!!! Senang betul urusan aku hari ni. Aku terus sambung lesen memandu aku dan wife aku dan juga lesen GDL aku. Pasni boleh claim balik ngan company. Company aku tanggung lesen memandu dengan GDL aku. Lesen wife aku plak dah 2 bulan mati, berani betul la...



Selesai segala urusan, aku terus balik rumah. Malas nak berpeleseran lagi. Nak-nak musim H1N1 tengah mengganas ni... Malam ni kot sambut birthday aku.




Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

Next previous home
Related Posts with Thumbnails