Showing posts with label duit. Show all posts
Showing posts with label duit. Show all posts

21 December 2011

Duit kertas baru



KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan reka bentuk wang kertas baru termasuk not RM20 baru yang akan mula diedarkan tahun depan.

Wang kertas RM20 kembali diperkenalkan dalam siri matawang baru Malaysia. Wang berwarna kuning keemasan itu memaparkan dua spesis penyu yang hanya dijumpai di perairan Malaysia iaitu penyu karah dan belimbing.

Semua wang kertas baru akan diedarkan pertengahan tahun depan.

Not RM50 sudah pun diedarkan dan syiling yang dilancarkan Julai lalu akan diedarkan Januari 2012.



Sumber: My Metro





Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

06 June 2010

Siri Menjejak Kekasih Baru: Episod 7

Nak cari pasangan zaman sekarang bukan mudah, no money no talk katanya. Takde duit jangan haraplah nak dapat kekasih. Kalau dapat pun mungkin dapat yang sekadar nak mengalaskan nafsu, sosial lebih, bila dah desperate sangat tak dapat jantan berduit... Alahai....

Bakal kekasih baru aku camana pulak ye? Al-maklumlah mencari yang baru ni mungkin demand tinggi sikit. Agak-agak kalau banyak seperti kat bawah ni cukup tak??



Apa-apa hal pun, skodeng dulu gambar bakal kekasihku kat bawah ni, harap jangan ada yang juling, rabun, tambah power spek dan sebagainya... Aku tak bertanggungjawab sekiranya terdapat kesan sampingan hasil korang skodeng kekasihku ini... Sekian, terima kasih.






... to be continued ...




Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

30 May 2010

Seru duit!!



Malam ini pakcik nak menyihir dan menyeru!!!
Wahaiiii 2 botol hikmat!!
Muntahkan segala isi perutmu di dalam mangkuk yang aku sediakan!!!



Keceng!! Keceng!! Keceng!! Keceng!! Keceng!!
Keceng!! Keceng!! Keceng!! Keceng!! Keceng!!



Wahhh!!! Penuh satu mangkuk!!!



Alamakkk!!! Ada toyol kecil nak merompak!!!
Cepattt!!! Masukkan dalam plastik sekarang!!!!!!!!!!



Tarraaa!!!! Dah siap!!!

Korang agak berapa jumlah semua ekk?? Aku pun tak tau, esok lepas bawak pergi bank baru tau berapa jumlahnya. Aku nak bank-in esok sekali dengan cek penjualan kereta aku. Untuk modal memikat 'kekasih baru' ku nanti....
ehehehehe!!!

Memang hobi aku menabung duit syiling, sekarang ni 2-2 tabung aku dah full. Dah tak muat nak tampung duit syiling lagi so dah tiba masa untuk aku masukkan segala besi-besi itu ke dalam bank.




Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

28 May 2010

BERAPA BESAR NILAI WANG RM50




Cerita 1:

Azman (hanya nama panggilan) mempunyai wang RM50 yang diniatkannya untuk diagih-agihkannya untuk beberapa buah keluarga di kampong asalnya. Azman bukanlah pegawai tinggi tetapi hanya dari pegawai kumpulan sokongan yang mempunyai niat untuk menyumbang kepada masyarakatnya setelah dia mempunyai pekerjaan.

Suatu hari, dia bertandang ke sebuah rumah yang agak daif, memang telah dia ketahui keluarga itu agak miskin. Ketika dia hampir di rumah tersebut, seorang wanita tua duduk di tangga dan berhampirannya ada beberapa orang anaknya memandang Azman.

Azman mengucap salam dan dijawab wanita tua itu. Azman menerangkan hajat kedatangannya. “Saya berhajat memberi sedikit saguhati untuk makcik” kata Azman tertib. Wanita tua tersebut mengangguk-anggukkan kepalanya. Azman tidak boleh duduk lama di rumah tersebut kerana ada beberapa buah rumah lagi yang perlu dikunjunginya. Azman mengeluarkan sampul dan menghulurkannya kepada makcik tersebut. Orang tua tersebut memandang Azman dan matanya digenangi air mata. Dia membuka sampul dan dilihatnya wang RM50. Diciumnya sampul wang tersebut tanda senang hati. “Terima kasih banyak Nak, terima kasih banyak Nak…dapatlah kami makan malam ini” Matanya masih bergenang air mata dan dia memandang anak-anak yang turut memerhatikan aksinya. Besarnya nilai RM50 pada makcik ini. Azman senyum dan berasa gembira kerana pemberiannya ini member keceriaan kepada makcik tua ini.



Cerita 2:

Azwa (hanya nama panggilan) mempunyai saudara sepupu yang masih belajar. Dia mengirim sms memohon Azwa memasukkan sejumlah wang untuknya. Azwa ketika itu mempunyai wang tetapi cukup-cukup untuk belanja hariannya. Dia berkira-kira semula dan mengurangkan perbelanjaan hariannya agar dapat memberi RM50 kepada saudara sepupunya ini. Mereka hanya berjumpa sebentar di satu tempat. Azwa menyerahkan sampul kepada saudara sepupunya dengan senyuman. Mereka tidak berbual panjang kerana saudara sepupunya ini ingin cepat pulang kerana masih banyak pekerjaannya lagi. Sekembalinya Azwa ke rumah, dia mendapat sms dari saudara sepupunya. “Sikitnya bagi, mana cukup” Azwa tersentak menerima sms tersebut. Sewaktu menyerahkan wang tersebut tiada pun sepatah perkataan terima kasih tetapi Azwa hanya mengabaikan kerana barangkali dia terlupa. Namun, apabila dia menerima sms tersebut hatinya sedikit terkilan. Rupanya kecil benar nilai RM50 pada diri saudaranya ini, walhal pada Azwa ia nilai yang besar kerana dia sendiri perlu mengurangkan perbelanjaannya semata-mata untuk memberi kepada saudara sepupunya ini.

Nilai mata wang adalah sama iaitu RM50 tetapi mempunyai makna berbeza bagi kedua-dua yang mendapat wang RM50 ini. Kehendak dan pengharapan yang berbeza menjadikan mereka gembira atau tidak gembira walau mendapat RM50 ini. Makcik tua ini barangkali sangat bersyukur kerana dengan wang ini banyak perkara yang boleh dibelinya terutama makanan untuk anak-anaknya. Tetapi boleh jadi saudara sepupu Azwa ini pula mempunyai keperluan lebih besar daripada makcik tadi. Apapun, yang boleh diambil pengajarannya, mengurangkan kehendak serta pengharapan yang tinggi boleh membantu untuk diri bersyukur. Sekiranya ia lebih tinggi daripada yang kita terima menyebabkan kita terlupa untuk mengucapkan “Aku amat beryukur atas pemberianMu Tuhanku” atas semua nikmat yang diterima.

Ucapkan syukur atas setiap sedutan dan hembusan nafas dan atas setiap sesuatu nikmat yang telah kita terima selama ini. Selagi masih ada ruang waktu untuk kita menyatakan betapa bersyukurnya kita terhadap kurniaan tuhan.




Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

previous home
Related Posts with Thumbnails