Showing posts with label contest. Show all posts
Showing posts with label contest. Show all posts

26 June 2010

Dah dapat hadiah Contest hangit by Arieza

Jeng jeng jeng....
Tadi abang posmen datang rumah aku hantar surat...

Ketang! Ketang! pintu posbox aku berbunyi.
Aku tak expect pun ada something special, maybe bil TMnet ke apa~
But surprise gila... Dapat pos express.

Bukak-bukak, nah ini dia.... hadiah contest rupanya!!!
Cepat pulak sampainya...

Oit Arieza, kata dari London, await alamat pos dari Kuching plak??
Apa-apa pun, terima kasih daun keladi, lain kali berilah aku menang lagi ye...












Dalam surat tu sempat diletak sekali nota ni.... hampeh betul!!





Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

22 June 2010

Siri Menjejak Kekasih Baru: Episod Terakhir (Pandang-pandang, jeling-jeling...) - ADA CONTEST??? SILA BACA SAMPAI HABIS!

Finally, dia telah muncul di hadapan mataku.... Tapi masih belum menjadi milikku yang sah. Tadi aku dah pergi inspect condition 'kekasih baru' aku. Masih BERDARA... Aku ulangi, MASIH BERDARA hahaha!!! It means, good condition.

So, hari ni aku dah setelkan segala prosedur-prosedur yang diperlukan. Pastu buat calculation dengan salesman berapa downpayment yang aku kena bayar. Dah siap semuanya, aku pun ke bank untuk urusan tandatangan loan.

Letih tangan aku menyain kontrak. Lepas sain semua, pegawai bank tersebut kasik aku sebenier nih....



CD holder, beg, notepad dan pen... Huh! Harap beg je yang cantik, isi kat dalam boleh jadi mainan anak aku je... Kasik laa emas ke seketul, baru puas hati... (Chait! Membebel plak, orang nak kasik tu dah cukup baik).

Pastu aku turun bawah keluarkan duit untuk bayar downpayment. RM20,162 (Dua Puluh Ribu Seratus Enam Puluh Dua Ringgit Malaysia Sahaja. Fuyyo!!! Manyak tu... Tebal gila masa terima duit. Mana taknya, 403 keping duit RM50, sekeping duit RM10 dan 2 keping duit RM1.



Dengan serta-merta tabungan aku kering huhu!!! Letih menyimpan selama ni, time nak keluar, sekejap je...

Then, aku pergi semula ke ofis salesman untuk serahkan duit tu. Mujurlah bank dengan office tu tak jauh, boleh jalan kaki je... Tapi kalau kena rompak, naya aku, bukan aku pasang bodyguard pun sepanjang perjalanan aku...

Dah pun setel....

Pagi tadi aku serahkan duit RM450 pada salesman untuk booking plate number as per my wish lists, nampaknya tak kesampaian. Tapi pegawai JPJ offer nombor 9868 ataupun 6898. Aku malas nak decide, aku mintak salesman tu call wife aku je mintak dia buat decision so wife aku pilih 9868.

Memula ingat dah setel la... Dah masuk booking pun. Tup-tup bila salesman sampai ke Kemaman, pegawai JPJ tu call yang nombor 9868 tu dah ada orang yang ambik. Bebal punya sistem JPJ, takkan dia takleh check dalam diorang?

Aku pun dah malas nak fikir. Aku serah kat salesman je cari nombor lain tapi dengan guideline berikut:

Guideline 1:
8338, kalau takde, aku nak 8XX8. Yang nombor XX tu ikutlah nak letak nombor apa pun.

Guideline 2:
3883, kalau takde, aku nak 3XX3. Yang nombor XX tu ikutlah nak letak nombor apa pun.

Guideline 3:
Kalau dah takde sangat, running number je laaa (nombor cantik sikit ar).... malas dah nak pikir

So, Inilah contest nya....

CUBA KORANG TEKA, APAKAH NOMBOR PLATE YANG AKU AKAN DAPAT NANTI?
TULIS JAWAPAN KORANG KAT COMMENT BAWAH NI

JAWAPAN KORANG MESTILAH DISERTAI DENGAN HURUF CONTOHNYA: WWW8XX8, TAR3XX3, MBR1234

SILA SERTAKAN EMAIL ADDRESS UNTUK DIHUBUNGI SEKIRANYA MENANG

JAWAPAN SIAPA YANG BETUL DULU, DIALAH PEMENANG!!!!

InsyaAllah, ada hadiah.....................


P/S: Aku pun tak tau jawapannya apa, tunggu salesman call dulu baru aku boleh umum siapa pemenang hehehe....




Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

Hoyeee!!! Saya menang juga

Dah nak nangis dah mulanya... sebab masuk contest tak pernah menang-menang. Apa malang nasib aku huhu!!!! Tadi Arieza Nget-Nget announce pemenang Contest hangit by Arieza. Aku pun join juga... Dah lama dah~

Aku rasa akulah orang pertama yang view result sebab aku orang yang mula-mula komen result tu.



Dan akulah orang pertama yang kecewa sebab tak menang... Kecewa ke? Takde laa, aku join pun sebab suka-suka. Kalau aku insist nak menang, surely aku tak promote sekali kat orang pasal contest ni. Biar aku je bolot semua hadiah... Haa... LampuNeon pun menang, aku yang promote kat dia. Walaupun saguhati, oklah kan. Hadiah dari London tu...

Tup-tup lepas tu, keluar pop-up YM



Ohohohoho.... pakcik gembira sekali kerana pakcik pun pemenang saguhati.... Nama pakcik tercicir!!!

Hoyee!!! Hoyee!! kalau dapat key-chain London, off-course nanti aku pakaikan pada kunci 'kekasih baru' aku yang akan sampai esok....




Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

previous home
Related Posts with Thumbnails