Showing posts with label bloglist. Show all posts
Showing posts with label bloglist. Show all posts

29 October 2010

Blog renovation accomplished.

Salam semua, setelah hampir 2 minggu aku 'mengerjakan' blog ni, akhirnya blog aku dengan jayanya dah di-renovate-kan. Mungkin kepada yang biasa jenguk blog ni nampak macam takde perubahan terapi sebenarnya banyak perubahan 'rohani' yang aku lakukan. Rohani? Betul ke ni? Macam tak sesuai je... Tapi aku banyak ejas benda di sebalik tabir. Maknanya korang tak nampak tapi korang boleh rasa kelainan.

Benda yang paling penting aku dapat ejas ialah berat blog ni. Sebelum ni blog aku bila diuji dan ditimbang beratnya adalah ditahap obesiti maksimum iaitu 486 - 500KB yang menyebabkan blog aku ni terlalu lembab untuk di load keseluruhannya. Sekarang aku dah berjaya kurangkan berat blog ni sehingga 98 - 105KB bergantung kepada entri yang aku buat, sekiranya banyak gambar atau link makanya akan lebih beratlah sikit. Kalau plain entry, kira bawah 100KB la. Korang rasa macamana? Still berat? Ke kira fair-fair?? Komen la sikit ye.

The main factor blog aku jadi berat adalah disebabkan oleh bloglist aku sebelum ni. Fikir punya fikir, aku try cari alternative lain supaya aku dapat maintain bloglist disamping itu meringankan berat blog. Fikir punya fikir, aku dapat idea dan akhirnya bloglist aku tempatkan seperti kat gambar bawah ni.


Ini lokasi baru bloglist

Currently memang banyak blog blogger-blogger lain yang ter'hilang' semasa proses renovation. Aku cuma dapat recover blog URL blogger-blogger yang follow blog aku je. So, aku harap kepada blogger-blogger lain, harap dapat submit blog korang supaya aku dapat tempelkan kembali kat list tu. Tapi sekarang aku terpaksa menapis blog-blog untuk berada di list tersebut dengan syarat-syarat berikut:

1. Strictly takde lagu yang di auto-play kat blog (annoying gila-gila...).
2. Bukan blog bisness, photo-blog, blog stor lagu, blog download.
3. Blog mesti ada shoutbox supaya mudah aku lakukan blogwalking dah tinggalkan jejak.
4. Nak follow boleh follow, taknak follow pun boleh.... aku tak kisah bab ni, cuma memudahkan aku detect kembali blog korang kalau aku buat perubahan lagi.

Syarat nombor 1 tu, sori laa sebab aku memang takleh terima lagu-lagu kat blog, sebab aku suka blogwalking tengah-tengah malam dengan keadaan sunyi. So, korang boleh bayangkan tengah-tengah malam masa anak-anak tengah tido, tetiba bunyi bising....

Oh ya, blog yang ada dalam list tu, rajin-rajinlah update entri baru. Aku akan padam semula blog berhantu yang tak update 4 bulan. Ini untuk meringankan lagi page tersebut sebab semua keberatan blog aku dah pindahkan kat situ.

Oklah, selamat mengunjungi blog aku yang lebih smooth ni ye... Harap korang berpuas hati.




Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

20 June 2010

5S: Mission accomplished!

4 hari berhempas pulas mengemaskini bloglist akhirnya malam ni dah siap. So, untuk bloglist aku dah categorized kepada 3 part iaitu:-

The Cronies - 32 blog


Macho Guys - 128 blog


Gorgeous Ladies - 172 blog


Fuyyo! Total 332 blog semuanya... penat woo!! Edit sebijik-sebijik, nak review blog lagi, tentukan jantina blog hahaha...

Kepada visitor yang pernah menempelkan diri di blog aku, sila check blog korang kat bloglist yang dinyatakan. Pastikan kategori anda betul kecuali The Cronies tu. Yang tu aku sort kan untuk siblings, member yang aku kenal lama dalam komuniti or Facebook or YM. Kalau aku tersalah sort dari lelaki jadi perempuan dan perempuan jadi lelaki, harap komen sikit supaya aku boleh ejas semula...

Apa taknya, blog korang banyak yang tak bagitau profile so, aku just consider jantina blog korang dari segi template atau penulisan je la.... Kalau yang jenis combine lelaki pompuan tu, mostly aku letak kat lelaki sebab lelaki kan gagah (macam aku hehehe....) tapi tengok juga pada penulisan, kalau aku rasa kuat kat perempuan, aku letak kat bahagian ladies.

Pasni, aku aktif blogwalking balik, but please make sure korang selalu la update blog supaya aku seronok baca entri korang ye....




Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

previous home
Related Posts with Thumbnails