Showing posts with label blog traffic. Show all posts
Showing posts with label blog traffic. Show all posts

07 November 2012

Terima kasih Nuffnang



Selepas sebulan cash-out, akhirnya semalam aku terima cek dari Nuffnang. Terima kasih Nuffnang, you are the best adsense in Malaysia :-)




Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

05 October 2010

15,000 pengunjung....

Hmm... Baru terperasan yang kaunter pengunjung blog ni dah pun mencecah 15,000 orang dan aku sempat capture. Sepertimana yang aku pernah beritahu dulu yang blog aku hanya detect unique IP, bermakna kalau ada pengunjung yang melawat blog aku dengan menggunakan IP yang sama ataupun refresh webpage banyak kali, kaunter aku hanya tetap akan mengira sebagai 1 orang pelawat. Bermakna sekarang sudah ada 15,000 pelawat unik yang telah melawat blog aku ni.

Terima kasih aku ucapkan di atas sokongan kalian... TERIMA KASIH daun keladi, lain kali lawatlah lagi.








Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

21 July 2010

Baru aku perasan. Terima kasih



Nampak image counter kat atas ni? Aku pun baru perasan rupanya dah cecah 10,000 unique visitors. Counter aku ni takleh refresh, ia hanya akan detect unique IP saja means kalau korang masuk 3-4 kali dengan IP yang sama, counter takkan kira. Kiranya counter jujur la ni hehehe.

Apa-apa pun terima kasih kepada semua kerana sudi melawat blog aku yang carca marba ni ye.... TERIMA KASIH!




Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

25 June 2010

I love blogwalking

Aku suka blogwalking. Setiap hari aku menjelajah dari blog ke blog, membaca, komen, tinggalkan jejak dan klik-klik adsense.


Did you notice something?

Ha.... gambar kat atas tu bukti aku menjelajah blog korang... Itu adalah blog-blog visitor yang tinggalkan jejak di shoutbox aku dan aku kunjung semula. Biasanya aku akan open semua blog dan biarkan sehingga 5 minit kasik loading habis dulu (lama tuuuu.... 5 minit, line tenet cap siput babi ke? hahaha)

Then aku akan ushar-ushar blog korang, baca... kalau tak komen, aku akan tinggalkan kembali jejak di shoutbox.

Tapi kadang-kadang.... errr!! Kadang-kadang ke? setiap masa kot, bila dah buka camni telinga aku yang jadi masalah. Sebabnya terdapat bunyi-bunyian yang bertindan-tindan daripada lagu-lagu yang dipasang pada blog. Terasa kebingitan. Bila dah buka banyak-banyak, tak tau plak source lagu tu dari blog mana.

Blogwalking ke blog berlagu buat aku jadi stress. Normally kalau blog yang ada pasang lagu memang aku takkan belek lama. Biasanya front page saje pastu terus tutup. Sebabnya, aku tak tahan dengan bunyian tersebut especially tengah malam time orang tido.

Aku lebih suka blog yang senyap sebab aku lawat blog untuk membaca bukan untuk dengar lagu. Kalau nak dengar lagu, aku lebih suka on internet radio. Kalau blog yang senyap memang aku akan belek artikel-artikel best dan aku akan bookmark sekiranya ada info yang aku boleh praktis. Itulah kelebihan blog senyap.

Tapi aku tak boleh paksa korang untuk senyapkan blog korang kan? Itu hak korang cuma aku sarankan kalau nak letak lagu tu biar player tu manual ON so orang ada pilihan samada nak dengar atau tak.

Eheh! Membebel je aku malam ni... Aku mintak maaf pada yang terasa.... Tapi fikir-fikirkanlah.




Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

15 June 2010

Bontot Jue Aziz besar plak dah...

Hahahaha!! Hari tu bontot Siti Nurhaliza. Hari ni bontot Jue Aziz plak... Lawak antarabangsa betul. Memang desperate la pengguna internet Malaysia nih wakakakaka!!!



P/S: Siapa Jue Aziz tu ekk??



Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

12 June 2010

Aku bosan!



Tadi aku jalan-jalan kat blog kawan-kawan, sesapa yang ada dapat shout dari aku tu maknanya aku dah jejak korang tadi... Sampai kat salah satu blog, aku terperasan satu shout seperti kat atas tu. Desperate? Spam? Apa saja la korang nak anggap apa pun tapi bagi aku, aku tak perlu benda tu semua.

Mostly orang yang mintak kita exchange link dia dulu pastu bagitau kat dia kita dah masukkan link dia kat blog kita, aku anggap terlalu desperate. Blog tak laku kot huhu! Then normally yang linkkan blog kita balik kat blog dia memang tipis and almost takde.

Aku tau blog aku takdelah hebat, traffic pun macam air pasang surut kadang cecah 100, kadang nak cecah 50 pun sakit. Follower? Haha~ Korang boleh tengok sendiri.

Pernah aku baca satu artikel masa aku mula-mula ber-blog. Katanya untuk dapatkan sahabat blog, tak perlu kita gi rayu-rayu orang lain untuk add kita. Baik kita yang mulakan dulu.

Cara aku, setiap orang yang tinggalkan jejak ke blog aku adalah orang yang perlu dihargai. So, aku akan visit balik, follow dan add URL to bloglist so, aku akan boleh dapat visit blog itu setiap masa. Bila aku follow, aku just bagitau aku follow blog tu, kadang tu tak bagitau pun sebab pemilik blog tu boleh nampak sendiri. Kalau buta, camana nak menulis kan? Eh! Taip laa... hheheh...

Then, aku add URL to bloglist. Setel... Dan aku memang perasan, dengan cara ini aku takkan terputus hubungan dengan sahabat blogger sekelian dan aku juga nampak, ada blog yang list kan blog aku kat blog diorang. Mungkin dia menghargai aku. Aku tak mengharapkan balasan pun sebenarnya. Nak letak takpe, tak letak pun takpe. Tapi terima kasih jugalah yang meletakkan link aku ye...

And of course, aku suka membaca. Aku akan komen jika aku rasa artikel tu menarik dan buat aku tertarik untuk komen. Kalau tak berapa menarik, aku hanya akan tinggalkan jejak di shoutbox. Shoutbox itu penting bagi aku. At least kita tau ada orang datang menyapa kita. Dan bila aku terjah blog, InsyaAllah pasti ada habuan untuk korang. Tu pun kalau Nuffnang korang aktif.

Membebel plak aku malam ni... Aku ngantuk sebenarnya, muka pun panas semacam je kena sun burn 2-3 hari ni...

Chow!


P/S: Kalau korang nak join Friends Network aku boleh submit kat SINI




Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

previous home
Related Posts with Thumbnails