Showing posts with label Video. Show all posts
Showing posts with label Video. Show all posts

13 June 2010

Loading Arm Change-out Project

This is me! This is me! Hahaha!!



Hensem tak? Cam muka tongkang kat belakang tu kan? Actually bukan nak citer pasal aku yang tak berapa nak hensem ni tapi nak citer pasal projek yang aku lalu lalui beberapa hari ni.

Sekarang ni dah selesai critical part iaitu heavy lifting dan sekarang ni cuma nak pasang balik segala accessories untuk equipment ni. Cukuplah bersengkang mata to ensure semuanya selamat.

This is the pictures of BEFORE and AFTER.


BEFORE


Model Mitsubishi company Jepun


AFTER


Model KANON company Belanda

Model KANON ni fabricate kat Gebeng, Kuantan je. Tapi hairan ye, Orang Malaysia tak berminat ke nak brand dan pattern negara Malaysia? Malaysia boleh kan?

Apa-apa pun, harap-harap takde masalah nak comission nanti.

Jom tengok slideshow!






Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

31 May 2010

Republished: I have something to reveal

Wait for loading and watch until the end.




Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

23 March 2010

Refreshing our mind

This is the third time I re-post this video... Hopefully we will know who we are.





Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

04 March 2010

Ragam anakku - 4 tahun





Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

20 September 2009

Kisah AidilFitri Hari Pertama

Malam tadi sambil teman bini aku masak, sambil tu main sepam-menyepam shoutbox ngan ab310 dan Gadis Kalis Peluru sampai shoutbox ab310 kena delay ban 60 minit keh keh keh... Sedar tak sedar dah lewat. Plan nak bangun pukul 6 sebab nak bakar sate. Hampeh korang... Sedar-sedar dah pukul 6.30 pagi. Gaduh-gaduh aku bangun bakar sate. Seb baik sempat siap bakar. Pastu terus bersiap pergi ke surau untuk solat sunat AidilFitri.



Balik dari surau, breakfast dulu pastu bergambar bersama keluarga aku. Tema tahun ni adalah merah. Aku tak kisah sangat pun pasal tema-tema ni sebab baju melayu aku pun stock 2-3 tahun lepas. Heran aku, dulu seluar padan OK je, sekarang dah sendat kat perut. Agaknya seluar aku mengecut kot... (padahal perut aku yang makin besar... hehehe)



Lepas bergambar, kitorang bersiap-siap untuk pergi ke rumah mak aku tapi sebelum tu, kitorang pergi ziarah kubur dulu. Hari ni baru aku perasan, tarikh nenek aku meninggal dunia adalah pada 19 September 1977 bermakna semalam genap 32 tahun arwah meninggal dunia, 11 bulan sebelum aku hadir ke dunia ini.

Aku sekeluarga group pertama ke rumah mak aku. Seperti tahun-tahun sudah jugak. Lama jugaklah baru ahli keluarga aku yang lain-lain tiba. Lepak-lepak, pukul 1.30 petang aku pun beransur untuk ke rumah mak mertua aku pulak. Baru aku perasan selipar anak aku yang bongsu baru beli hilang sebelah. Mungkin tertanggal masa kat kubur sebab masa keluar dari pagar kubur, aku dukung... Biasanya dia bagitau kalau selipar dia tertanggal, ni tak pulak... Alahai... Baru pakai tak sampai sejam dah hilang. Nak buat camana, takde rezeki.




Kat rumah mak mertua aku, aku tak buat apa pun, just lepak-lepak... Anak-anak aku je ikut mak saudara dia gi jalan-jalan... Balik rumah je serah sampul duit kat aku. Aku ni kira banker diorang laa haha...!!! Pastu adik ipar aku suruh bukak hamper yang dia bawak balik dari JB. Dalam pukul 4.30 petang baru balik rumah. Terus membungkam sejam...



Haaa.... part malam paling best. Aku ke rumah mak mertua aku sebab kitorang plan nak main mercun... Sampai sana, pergi beraya kejap kat rumah jiran-jiran mak mertua aku 2-3 buah rumah dan tugas anak-anak aku apalagi, kutip duit raya hahaha!!!

So, lepas tu baru kitorang main mercun ngan bunga api.... Jom tengok!!!!








Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

Diari Kelmarin, Semalam, Hari Ini dan Esok

Malas betul aku nak update blog beberapa hari ni. Ada benda nak citer sebenarnya tapi amat malas nak menaip. So, malam raya ni aku rangkum semua citer dalam satu tajuk je laa....

KISAH KELMARIN.
Dah terasa sangat bosan makan nasik time berbuka puasa so aku plan berbuka kat luar. Target location A&W since tak pernah masuk lagi sejak dibuka kembali lepas renovation. Petang tu lepas balik kerja, terus bersiap-siap nak pergi ke Yellow Town. Sampai-sampai dah 6 setengah petang. Tiba kat A&W, tengok ramai gila orang. Try ushar kot-kot ada meja kosong. Dah penuh semuanya. So, terpaksalah tukar plan. Tak tukar jugak sebenarnya cuma men'delay'kan saje. Oleh kerana dah penuh, aku ambik keputusan untuk berbuka lepas diorang keluar. So, aku satu family terus pergi ke Casa Limbong, beli keropok, popia dan air untuk alas perut. Sambil tunggu azan maghrib, anak-anak aku main kat playground sebelah Surau Limbong.



Lepas tu pusing-pusing dalam Kemaman Center Point. Setengah jam kemudian, barulah aku kembali ke A&W. Masa tu dah lengang sikit so kitorang pun masuk, cari tempat duduk, order dan makanggggg........



Lepas makan, kitorang pusing-pusing kat Yellow Town... Takde apa sangat pun, bini aku je nak beli selipar. Agak crowded Yellow Town bila musim perayaan, nak cari parking pun payah.



KISAH SEMALAM.
Semalam kalau ikut plan nak berbuka kat rumah mak mertua aku tapi tak jadi sebab mak mertua aku sibuk tak sempat masak so, bini aku masak dan diorang makan kat rumah aku. Kebetulan kakak ipar ngan biras aku pun datang dari Dungun so diorang berbuka sekali kat sini.

Malam tu, sekali lagi kitorang ke Yellow Town sebab adik ipar aku nak beli selipar. Memandangkan waktu dah kat pukul 9 malam, memang agak payah nak dapat parking so aku decide nak parking kat secret place je. Kat mana? Hahaha!! Kampung asal aku kat tengah bandar so aku park kat area situ je laa. Memula ingat nak parking belakang stesen minyak Esso tapi penuh la pulak. Sejak bila plak diorang ni register parking kat situ. Sukati je... Last-last kebetulan still ada parking kosong depan Pasaraya Big 10 so, parking je la kat situ. Kena melintas jalan dan jalan la sikit nak sampai ke kedai yang dituju.

KISAH HARI INI.
Hari ni aku tension sangat ngan adik aku sebab aku mintak tolong dia pergi cat kubur arwah ayah aku. Janji pukul 9 datang rumah aku ambik cat, pukul 11 tak nampak batang hidung lagi. Sampai 3 kali aku pergi turut dia kat rumah mak aku!! Sakit hati betul la... Dah la tu, ingat dia nak pergi terus ke kubur so, aku tunggu laa kat kubur. Sejam setengah aku tunggu sambil bersihkan kubur, langsung tak nampak batang hidung!!! Hangin gak satu badan. Dah la panas gila!!!! Last-last pukul 2 lebih baru nampak dia kat kubur!!!!



ALFATIHAH
Kubur 1: Kubur ayah aku - meninggal dunia pada 25 Januari 1993
Kubur 2: Kubur nenek aku - meninggal dunia sebelum aku dilahirkan. Kat tengah-tengah kubur nenek aku tu ada kubur kecik, kubur anak saudara aku yang meninggal dunia pada usia 1 hari
Kubur 3: Kubur datuk aku - meninggal dunia sebelum aku dilahirkan
Kubur 4: Kubur ibu saudara aku - meninggal dunia pada 30 Jun 2003, 2 hari selepas aku melangsungkan pertunangan

Seperti tahun-tahun sudah, menjadi kebiasaan keluarga aku berkumpul beramai-ramai berbuka puasa di rumah mak aku. Masing-masing masak dan bawak ke rumah mak aku untuk berbuka puasa bersama-sama.




Mungkin korang tak tau yang aku dalam usia muda sudah bergelak 'atuk'. Inilah salah seorang cucu saudara aku. Comel kan??


Anak saudara aku yang akan balik ke London semula lepas raya ni... Cuti dah abih daaa!!! 2nd H1N1 case personnel in Terengganu. Dear Syam, don't forget to wear a mask when you're on board!!!!

KISAH ESOK.
Macam biasalah pagi-pagi InsyaAllah akan ke Surau Limbong untuk solat sunat AidilFitri. Lepas tu tak tau lagilah nak pergi mana... Tunggu kisah esok part 2... hehehe... Cuma pagi-pagi nak bakar sate dulu...

Tahun ni tak meriah takde mercun... So, aku publish mercun yang aku main tahun-tahun sudah je laa... enjoyyy!!!!















Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

previous home
Related Posts with Thumbnails