Showing posts with label Melaka. Show all posts
Showing posts with label Melaka. Show all posts

06 October 2010

Sekolah Harapan sambut kelahiran bayi pertama



JASIN: Sekolah Harapan yang menempatkan remaja hamil di sini menyambut kelahiran bayi pertama - lelaki seberat 3.6 kilogram.

Bayi itu dilahirkan pada jam 8 pagi, Isnin lalu di Hospital Jasin, kata Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang mencetuskan idea penubuhan sekolah itu. "Saya difahamkan bayi itu akan diambil oleh keluarga kepada remaja perempuan itu," katanya kepada pemberita hari ini. Mohd Ali berkata di samping memberi perlindungan kepada remaja hamil, penubuhan sekolah itu juga dapat mengelakkan kes pembuangan bayi.

Sekolah itu mula dibuka pada 17 September lalu, kini menempatkan sembilan lagi remaja yang sedang hamil. Sekolah berasrama itu dikendalikan Majlis Agama Islam Melaka. -Bernama



Source: Metro


P/S: Pasni ramai laa pelajar/remaja buat projek anak tanpa segan silu... Kuota sekolah harapan masih banyak lagi. Tahniah!!!!






Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

14 August 2010

Video: Ribut di Bazar Ramadhan Jasin

Video yang diambil semasa kejadian ribut pada 13 Ogos 2010





Video yang diambil selepas kejadian ribut pada 13 Ogos 2010


Another version




Al-Fatihah buat yang meninggal dunia

Info hari ini:

Bazar Ramadan Jasin dipindah ke Bandar Baru Jasin Tiga


JASIN 14 Ogos – Peniaga Bazar Ramadan Jasin di perkarangan Stadium Jasin yang musnah dilanda ribut petang semalam, akan ditempatkan di lokasi baru berhampiran Pejabat Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional (PPNIN) di Bandar Baru Jasin Tiga.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, kawasan baru itu didapati lebih selamat kerana dilindungi deretan bangunan kedai dan juga bangunan PPNIN.

"Bazar Ramadan di kawasan baru itu dijangka beroperasi pada Isnin ini selepas persiapan dibuat oleh Majlis Perbandaran Jasin dan Persatuan Penjaja Kecil Melaka Daerah Jasin,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Dalam kejadian ribut pukul 5 petang semalam, dua peniaga dan seorang pengunjung terbunuh, manakala 18 orang yang lain cedera dihempap khemah dan objek lain yang diterbangkan ribut kencang itu.

Dua peniaga yang terbunuh itu ialah Mahadi Mohamad, 40, berasal dari Kampung Gong Merang, Terengganu; dan Abdul bin Omar, 73, dari Kampung Air Merbau di sini, manakala pengunjung yang turut maut ialah Muhammad Wahab, 49, dari Kampung Rim di sini.

Seramai 15 mangsa telah dibenarkan pulang, manakala dua mangsa masih dirawat di Hospital Jasin dan seorang lagi di Hospital Pakar Putra dekat sini.

Semasa kejadian, sebanyak 56 peniaga bersama pembantu masing-masing menjalankan perniagaan di bawah 21 buah khemah bersaiz (panjang) 6.2 meter dengan 6.2 meter (lebar). – Bernama


Source: Utusan.





Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

16 July 2010

Amazing Malaysia: Melaka Wonderland Theme Park & Resort

Dah lama tak review tempat-tempat menarik di Malaysia. Kali ini aku nak review satu tempat di Melaka. Aku pun tak pernah sampai lagi tapi dalam perancangan. Tempat ini dinamakan Melaka Wonderland Theme Park & Resort.



Lokasi Melaka Wonderland Theme Park & Resort terletak di Ayer Keroh di mana memang kawasan itu amat strategik kerana ianya terletak di salah satu laluan masuk ke Melaka dan terdapat tempat menarik lain di sekitarnya.



Taman tema ini beroperasi seperti di bawah:



Terdapat banyak seksyen-seksyen yang boleh kita pergi di dalam kawasan taman tema tersebut. Berikut merupakan peta kawasan taman tema:



Di Melaka Wonderland juga menyediakan pelbagai kiosk dan outlet makanan yang mana kita dapat menjamu selera ketika berada di dalam taman tema.

Harga tiket yang ditawarkan juga murah dan berbaloi:



Jadi, apa tunggu lagi? Jom kita ke Melaka Wonderland Theme Park & Resort! Berbaloi-baloi.... Untuk maklumat lanjut, bolehlah KLIK DISINI.




Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

previous home
Related Posts with Thumbnails