Showing posts with label Cuti umum. Show all posts
Showing posts with label Cuti umum. Show all posts

17 July 2012

SUKMA 2012: Berita gembira buat Negeri Terengganu



Negeri Terengganu telah sekali lagi menempa kejayaan di SUKMA 2012 yang berlangsung di Pahang yang baru saja berakhir semalam.

Sebentar tadi Menteri Besar Terengganu telah mengumumkan cuti sempena kejayaan Terengganu yang dinobatkan sebagai juara keseluruhan bagi SUKMA tahun ini pada hari AHAD, 22 JULAI 2012.

Tahniah kepada kontinjen Terengganu!



Jumaat - Hari Keputeraan Sultan Terengganu
Sabtu - Off-day
Ahad - Cuti Peristiwa

3 hari cuti tu......... :-)

P/S: Tapi aku dapat cuti 4 hari sebab Jumaat tu akan dibawa ke Isnin :-P







Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

30 December 2010

Cuti Pelepasan Am sempena Kejuaraan Bolasepak AFF Suzuki bagi negeri Terengganu


CLICK TO ENLARGE

Adakah persekolahan juga ditunda???




Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

29 December 2010

Tahniah Malaysia: Juara Piala AFF Suzuki

Hari ini pasukan Malaysia dinobatkan menjadi juara Piala AFF Suzuki menewaskan pasukan Indonesia sebentar tadi. Tahniah Malaysia!


Pasukan Malaysia



Safee Salee - Penyumbang Gol Terbanyak


Malaysia julang Piala AFF Suzuki


JAKARTA: Malaysia mencipta sejarah membawa pulang trofi Piala Suzuki AFF buat julung kali meskipun seri 1-1 dengan Indonesia pada final kedua Piala Suzuki AFF di Stadium Gelora Bung Karno, sebentar tadi.

Dengan keputusan itu, ia menjadikan agregat 4-2 kepada Malaysia selepas pasukan negara menang 3-0 ke atas Indonedia, di Stadium Nasional Bukit Jalil, di Kuala Lumpur, Ahad lalu.

Malaysia mendahului Indonesia 1-0 menerusi jaringan penyerang Safee Sali pada minit ke-53 pada final kedua Piala Suzuki AFF di Stadium Gelora Bung Karno.

Pada minit ke-88 pula, Indonesia mendahului Malaysia menerusi jaringan Muhammad Ridwan untuk menjadikan kedudukan 2-1.

Pada babak pertama pula, Indonesia hampir mendahului selepas mendapat sepakan penalti pada minit ke-18 tetapi tendangan Firman Utina dapat diselamatkan penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat.

Sementara itu, beberapa insiden membabitkan pancaran cahaya laser turut dilakukan penyokong, termasuk ketika Khairul menghadapi tendangan sudut, sepakan percuma dan penalti.


Source: Berita harian


Update: Kuala Lumpur Dis. 29 - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengisytiharkan Jumaat ini sebagai cuti umum bagi meraikan kejayaan sulung pasukan bola sepak kebangsaan menjuarai Piala Suzuki AFF 2010.




Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

25 June 2010

Sabar...



Hoh! Sabar... Sabar...
InsyaAllah petang esok dengan gedik-gediknya kekasih baruku akan keluar.
Yang teka nombor plat tu, boleh cuba lagi, masih ada masa.
Yang dijawab setakat ni semua salah.

Proses semua dah siap tapi disebabkan petang khamis baru setel, tak sempat nak buat last check-up sebelum release.



P/S: Baru plan nak gi jalan-jalan dengan kekasih baru. Cuti 3 hari minggu ni, Ahad cuti sempena Terengganu juara SUKMA tapi malang, takleh release lagi... Huhuhu




Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

21 June 2010

Terengganu umum cuti 27 Jun (Ahad) sempena kejuaraan SUKMA 2010

KEMAMAN, 20 Jun - Kontinjen SUKMA Terengganu yang berjaya mengekalkan kejuaraan berganda dalam kejohanan SUKMA di Melaka yang berakhir Sabtu, menerima perkhabaran gembira apabila Menteri Besar Datuk Ahmad Said mengumumkan kenaikan pemberian insentif terhadap atlet yang berjaya merangkul pingat dalam kejohanan itu.

Atlet yang meraih pingat emas kini menerima habuan RM5,000 bagi setiap pingat yang diperolehi diikuti RM3,000 untuk pingat perak dan RM2,000 untuk pingat gangsa berbanding hanya RM3,000 untuk emas, RM2,000 untuk perak dan RM1,000 dalam kejohanan sebelum ini di tempat sendiri.

Ahmad yang ternyata gembira dengan kemenangan Terengganu turut mengumumkan cuti umum Ahad depan.

Beliau meraikan kontinjen Sukma Terengganu di Padang Astaka Majlis Perbandaran Kemaman.

Pengumuman tersebut disambut dengan sorakan gembira dan jeritan `Terengganu Nelang' oleh atlet-atlet yang terlibat selain jurulatih dan pengurus pasukan.

Sebelum itu konvoi kenderaan yang membawa seramai 482 atlet bersama piala pusingan dan piala iringan juara keseluruhan SUKMA dibawa berarak dari pintu gerbang Terengganu-Pahang mengelilingi Bandar Chukai sebelum berakhir di Padang Astaka.

Dalam kejohanan SUKMA ke-13, Terengganu dinobatkan selaku juara selepas meraih 47 pingat emas, 30 perak dan 43 gangsa manakala Selangor muncul naib juara dengan meraih 43 emas, 43 perak dan 58 gangsa.

Dalam kejohanan SUKMA di Terengganu pada 2008, Terengganu meraih 61 emas, 39 perak dan 47 gangsa.

Ahmad berkata kejayaan Terengganu mengekalkan kejuaraan membuktikan negeri itu mampu menjadi kuasa baru sukan negara dan bukanlah jaguh kampung seperti yang dianggap sebelum ini.

"Dalam kejohanan SUKMA di Terengganu semasa tahun 2008 telah saya katakan kita mampu menjadi kuasa baru sukan, dan Alhamdulillah apa yang saya katakan itu berjaya dibuktikan.

"Kita muncul sebagai juara walaupun bertanding di gelanggang orang dan dengan kemenangan ini kerajaan negeri akan menaikkan pemberian insentif terhadap pemenang pingat dan akan memberikan cuti umum," katanya kepada pemberita selepas majlis itu di sini.

Katanya, beliau juga berbangga kerana dalam sukan-sukan tertentu, seperti lumba basikal, kebanyakannya diwakili atlet-atlet kelahiran Terenggganu walaupun mewakili negeri lain.

Sehubungan itu, katanya untuk memastikan kecemerlangan Terengganu dalam bidang sukan, kerajaan negeri melalui Majlis Sukan Negeri akan terus melakukan latihan-latihan insentif untuk atlet termasuk latihan di luar negara dan menggunakan jurulatih import.

Atlet kanu Siti Rajiah Ali, 20, menjadi penerima ganjaran tertinggi sebanyak RM35,OOO apabila memenangi tujuh pingat emas daripada tujuh acara berpasukan dan individu yang disertainya.

Beliau menyifatkan ganjaran yang diumumkan oleh Menteri Besar itu satu hadiah yang bermakna untuk dirinya lebih-lebih lagi ini merupakan kali terakhir penyertaannya dalam SUKMA.

Dalam kejohanan SUKMA lepas, Siti Rajiah pernah muncul sebagai pemenang ganjaran tertinggi yang ditawarkan oleh kerajaan negeri apabila menerima RM21,000 setelah menerima enam pingat emas dan mencatatkan tiga rekod baru kejohanan.

- BERNAMA




Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

previous home
Related Posts with Thumbnails