Showing posts with label Cherating. Show all posts
Showing posts with label Cherating. Show all posts

05 December 2010

Dua Sepupu Maut Dalam Kemalangan Di Cherating (Berita dan Gambar)

KUANTAN: Dua sepupu maut manakala seorang yang lain cedera parah selepas kereta Perodua Kancil yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah pacuan empat roda dinaiki satu keluarga di Kilometer 37, Jalan Kuantan-Kemaman, dekat Cherating, dekat sini pagi Sabtu.

Azlan Ahmad, 33, dari Taman Kemajuan Likas, Kota Kinabalu, Sabah dan Bernard Arasad, 34, yang berasal dari Kampung Peringatan Petagas, Penampang, Sabah meninggal dunia di tempat kejadian manakala Datu Kumpasan Ali, 30-an, yang merupakan pemandu kereta Kancil terbabit mengalami kecederaan parah dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan.

Sementara itu pemandu kenderaan pacuan empat roda jenis Ford tersebut, Ahmad Amri Mahmad Razali, 33, dan lima ahli keluarganya yang lain hanya mengalami kecederaan ringan dalam kemalangan yang berlaku pada pukul 8 pagi tadi itu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Supritendan Zulkifli Taha berkata ketika kejadian, kereta Perodua Kancil yang dalam perjalanan dari Kuantan ke sebuah asrama kilang di Kemaman, Terengganu itu dipercayai cuba memotong sebuah kenderaan lain di hadapannya.

"Bagaimanapun kereta berkenaan gagal untuk memotong dan bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda yang datang dari arah bertentangan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata akibat pertembungan itu kereta Perodua Kancil berkenaan remuk teruk dan dua penumpang kereta itu mati di tempat kejadian.

Sementara itu, Ahmad Amri yang merupakan pemandu kenderaan pacuan empat roda tersebut berkata berkata ketika kejadian, dia bersama isteri, Rohaida Awang, 33, dan empat anak mereka dalam perjalanan dari Kemaman untuk pulang ke kampung mereka di Pekan.

Katanya dia menyaksikan kereta Perodua Kancil berkenaan yang datang dari arah hadapan yang secara tiba-tiba memasuki laluannya menyebabkan dia tidak sempat mengelak kenderaannya itu kerana jarak sudah terlalu dekat.

"Akibat perlanggaran itu, kenderaan saya berpusing sebelum terbabas ke tepi jalan namun saya bersyukur kerana isteri dan empat anak yang berusia dalam lingkungan satu hingga enam tahun hanya cedera ringan," katanya. - BERNAMA


Gambar sumbangan Zulkafli Abd Razak





Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

30 June 2010

Jom pergi ke bulan!



Korang pernah pergi ke bulan tak? Tak pernah? Kalau aku bagitau aku pernah ke bulan, korang percaya tak?? Mesti korang tak percaya jugak kan? Mesti kata aku aku pergi ke bulan dalam mimpi je...

Betul... Aku tak tipu korang pun. Sumpah! Aku pernah pergi ke bulan. Last sekali pergi, malam tadi masa celebrate birthday anak aku yang ke 7 tahun. Tak percaya jugak? Alahai....

Oklah aku buktikan yang aku memang pernah pergi ke bulan dan malam tadi aku pergi lagi. Tengok gambar kat bawah ni...



Haa.... Kan aku dah bagitau, memang aku pernah ke bulan, korang tak caya jugak! Sekarang mesti dah percaya kan? Hahahaha!

Yang sebenarnya Restoran Bulan Station ni terletak di tepi pantai di Cherating, di luar pagar di antara Legend Hotel dan juga Holiday Villa Cherating. Restoran tu dengan rumah aku jaraknya lebih kurang 20KM.

Aku dah lama tak pergi situ, last sekali pergi masa zaman bertunang dulu... Mak aih, tahun 2002, sekarang 2010, maknanya dah 8 tahun tak jejak kaki kat situ.

Kebetulan semalam birthday anak aku so aku tanya dia nak makan apa dan dia cakap nak makan chicken chop. Payah sekarang nak dapat chicken chop best kat Kemaman. Kat Restoran Fatisya pun tak menyengat. Dulu selalu pergi Western Food kat Geliga tapi sejak tukar tuan kedai, aku dah tak pergi dah. Tak best langsung chicken chop tokei baru.

Back to Bulan Station. Lepas maghrib, aku satu family naik Proton Exora, jemput mak mertua aku sekali dan teruskan perjalanan ke Bulan. Aku pun tak sure apa ada kat situ tapi aku rasa suasana kat situ kira OK la.

Sampai-sampai tengok makin bagus restoran tu. Dulu nampak macam pondok-pondok jer tapi sekarang siap ada partition lagi. Ada yang macam kedai makan, bangsal duduk bersila, duduk bersila open air dan jugak meja open air. So kat bawah ni gambar-gambar yang aku sempat snap sebelum makan-makan.



Cantik kan?

Aku order nasi goreng udang, nasi goreng kampung, nasi goreng cina, chicken chop, udang celup tepung, mi goreng basah, mi goreng mamak, air tembikai 2 gelas, air sirap limau 2 gelas dan teh. Total semua RM60. Agak mahal sekarang ni. Biasalah... Target customer diorang penghuni 2 hotel tu.



Mmmm..... yummy......

Sempat lagi berposing sebelum dan selepas makan.....




Kalau korang nak pergi ke Bulan Station ni mudah je.... Sampai kat Cherating tu, cari sign jalan masuk ke Legend Hotel, tapi jangan masuk ke hotel tu, jalan terus je pantai. Hujung jalan tu, belok kanan, terus nampak Bulan Station...



Oh!!! Dulu ni hantu bedak tapi sekarang jadi hantu rambut plak hehehe





dan ini???




What do you think about this picture?




Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

previous home
Related Posts with Thumbnails