31 July 2011

Catitan Istimewa: 25 Julai 2011 - Anakku akhirnya hadir ke dunia.

Mungkin agak terlambat aku memberitahu kepada pembaca blog ini bahawa isteriku telahpun melahirkan anak lelaki. Aku begitu sibuk sehingga tak berkesempatan mewar-warkan berita gembira buat kami sekeluarga ini.

Kisahnya bermula pada 25 Julai 2011 apabila pada awal pagi itu sekitar pukul 4 pagi, isteriku telah mengejutkan aku dari tidur mengatakan perutnya sakit tak berhenti sejak dari pukul 2 pagi. Dia katakan ingin terus ke Kuantan untuk bersalin. Mungkin nalurinya mengatakan dia akan bersalin hari tu.

Setelah menguruskan anak-anak, kami bertolak ke Kualan setelah solat subuh. Setibanya di Klinik Al-Farabi (Pusat Rawatan Keluarga, MUIP), Kuantan, lebih kurang pukul 7 pagi, isteriku dibawa masuk ke bilik untuk pemeriksaan jantung bayi. Alhamdulillah... Keadaan bayi stabil.

Lepas tu isteriku dibawa terus ke bilik bersalin dan di situ segalanya bermula. Doktor telah memeriksa jalan, pintu rahim telah pun terbuka sebanyak 6cm. Doktor telah memecahkan ketuban dan agak memeranjatkan, bayi telahpun membuang air jadi doktor terpaksa mempercepatkan proses bersalin.

Dengan bantuan pembantu, akhirnya isteriku melahirkan anak kami pada pukul 11.47 pagi.



Seorang lelaki. Beratnya adalah 3.82kg, tinggi 53cm dan ukurlilit kepala adalah 38cm. Memang besar bayi aku yang ini. Aku pun sampai keluar air mata bila melihat isteriku bertarung nyawa melahirkan anak kami.



Inilah gambar pertama anak aku beberapa minit selepas bersalin. Aku ambil kesempatan mengambil gambar ini sebagai kenangan.

Setelah semuanya siap, isteriku dibawa ke wad. Aku minta bilik yang ada 2 katil dan tak berkongsi dengan orang lain supaya lebih privasi untuk isteri aku berehat. Memang biliknya agak selesa seperti gambar di bawah (Terpaksa hidden sebab isteri aku tak pakai tudung ketika ini).



Gambar selepas beberapa jam dia dilahirkan.


Kami pulang ke Kemaman pada keesokkan harinya. Sekarang ni, anakku dah makin aktif, kuat minum susu dan sudah pandai senyum secara spontan. Harap dia akan terus membesar dengan aktif dan sempurna.






Dan kini anakku telah diberikan nama.......





Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

Next previous home
Related Posts with Thumbnails