26 March 2011

Happy Birthday Muhammad Daniel Haqimee

Siapa Muhammad Daniel Haqimee? Dialah askar aku yang paling nakal. Mimik muka dia cukup buat orang sakit jiwa melayan. Cakap dah la pelat, Nak translate payah gila....

Contoh:
Nak nyir... (Nak air)
Ye ngoh wat per? (Dia tengah buat apa)
Buh nok gi ne? Niel nok kut, plisshhh..... (Ibu nak pergi mana? Daniel nak ikut, please.....)

Macam-macam la...

26 March 2011 genap umurnya 4 tahun. Happy birthday to you sayang. Daddy harap Daniel menjadi orang yang berguna bila besar nanti.

Tahun ni special sikit, sampai 2 kek dia dapat dan sambut 2 kali. Semuanya sambut advance.

Yang pertama sambut kat sekolah dia bersama cikgu dan kawan-kawan pada khamis lepas. 1 biji kek.
Dan tadi sambut bersama plak kat Bulan Station, Cherating.



Ni gambar-gambar masa acara birthday dia

Menu malam ini



Wajah-wajah ceria bersama adik-beradiknya yang lain








Wajah paling ceria hahahaha!



P/S: Lagi 4 bulan dapat adik baru plak.... Selamat menjadi abang.




Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

Next previous home
Related Posts with Thumbnails