KERETA yang dinaiki Putera Charles dan Camilla disimbah cat oleh penunjuk perasaan, di London, kelmarin.
Penunjuk perasaan bantah kenaikan yuran universiti tiga kali ganda
LONDON: Penunjuk perasaan yang membantah kenaikan yuran universiti menyerang kereta membawa pewaris takhta Putera Charles dan isteri, serta bertempur dengan polis di luar bangunan parlimen, ketika badan perundangan itu meluluskan kenaikan tiga kali ganda yuran itu.

Charles dan isterinya, Camilla kelihatan terkejut ketika penunjuk perasaan antiyuran membaling objek dan cat ke arah kenderaan mereka ketika dalam perjalanan menuju ke teater dekat bangunan parlimen itu lewat kelmarin.
Pasangan itu tidak cedera namun sebuah tingkap kenderaan itu pecah.
Berpuluh-puluh pegawai dan penunjuk perasaan cedera ketika bantahan itu bertukar ganas ketika undian parlimen memberi kerajaan kejayaan tipis untuk menaikkan yuran berkenaan bermula 2012.
Paras asas yuran akan meningkat kepada £6,000 (RM29,756.46) dengan had tertinggi, £9,000 (RM44,634.68). Yuran semasa ialah sekitar £3,290 (RM16,313.66).
Penunjuk perasaan Anna Campbell, 19, yang belajar bahasa Perancis dan Russia di Universiti Sheffield, menangis selepas mendengar keputusan itu.
“Saya amat marah, namun ini bukan penamatnya,” katanya kepada AFP. “Ini hanyalah permulaan, kami akan terus berjuang.” Penunjuk perasaan menyerang kenderaan Rolls Royce membawa Putera Charles, 62, dan isterinya, Camilla, 63, ketika mereka dipandu melalui sebatang jalan utama di tengah ibu kota ini, kata kenyataan kediamannya Clarence House.
Kereta Phantom VI 1977 berwarna merah hati terpisah daripada sebuah konvoi kenderaan polis mengiringinya dan dikelilingi pelajar yang menunjuk perasaan yang terpisah daripada demonstrasi utama di parlimen, menurut saksi.
“Pelajar cuba berbincang dengan Charles mengenai yuran tuisyen pada mulanya,” kata Matthew Maclachlan, dipetik akhbar Daily Telegraph sebagai berkata.
“Namun apabila lebih ramai orang menyedari apa yang berlaku, lebih ramai mula berkumpul dan mereka membaling botol kaca dan mengambil sampah dalam tong sampah dan melontarnya ke arah kereta Diraja itu.”
Pasangan itu tidak cedera dan tiba seperti dirancang di teater, di mana mereka menghadiri Persembahan Diraja, hiburan tahunan dipenuhi bintang terkenal.
Namun tingkap belakang kereta itu di mana Charles duduk dipecahkan dan kenderaan itu dipalit dengan cat putih.
Bantahan kelmarin adalah yang ketiga dan paling ganas setakat ini adalah tindak balas terhadap kenaikan yuran tuisyen.
Di luar Parlimen, aktivis membaling batu ke arah polis yang melindungi bangunan dan bertembung dengan mereka di kawasan lain di sekitar Dataran Parlimen.
Api, kayu, pagar besi, batu, bola snuker dan bom cat antara barangan yang dibaling ke arah polis dalam pertembungan ganas yang berlangsung selama beberapa jam. – AFP

Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI