01 December 2010

Dah empat bulan rupanya...!!! Alhamdulillah...



Baru teringat 2 Disember 2010 adalah genap 4 bulan aku tanpa rokok. Alhamdulillah, sehingga hari ini aku masih bertahan dan best, aku dah kurang sakit kepala, sakit dada dan macam-macam side effect lain.

Malah aku rasa pernafasan aku lebih lancar, sensor bauan aku kembali berfungsi dengan baik sehinggakan aku dapat bau yang rokok itu amatlah BUSUK! Sehingga aku terpaksa menahan nafas apabila bercakap dengan perokok!

Dah-dah ler wei... Kalau nak bercakap dengan aku tu pergilah berkumur-kumur 40 kali dulu baru laa ngadap aku. BUSUK yang amat! Bau longkang pun lebih wangi aku rasa.

Ada khabar-khabar angin harga rokok akan naik sehingga mencecah hampir RM15 dalam waktu terdekat ni. Ada aku kisah?? Bagus juga ye. Sekurang-kurangnya ianya terus memotivasikan diri aku untuk terus lupakan rokok durjana tu.

Dan untuk lelaki-lelaki perokok, sila baca nasihat kat bawah ni...



Fikir-fikirkanlah....
Quit Smoking or Quit Breathing.
You Choose!




Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

Next previous home
Related Posts with Thumbnails