19 December 2010

Catitan Istimewa: 8 Minggu sudah usiamu di alam rahim ibu


Mungkin beginilah keadaan anakku yang kini sedang membesar di dalam rahim ibunya.


Minggu ke-8 - Rupa bayi sudah mulai terbentuk antaranya pembentukan lubang hidung, bibir, mulut serta lidah. Matanya juga sudah kelihatan berada di bawah membran kulit yang nipis. Pada masa ini juga anggota tangan serta kaki juga terbentuk walaupun tidak berapa jelas lagi.


Teruskan membesar anakku. Daddy, Ibu, Kakak-kakak dan abang tidak sabar menantikan kehadiranmu ke alam dunia. Setiap hari kakak-kakak dan abangmu bertanya mengenai dirimu. Kak Fatin-mu selalu melihat buku dan risalah yang diambil di klinik.

Abang Daniel sekarang selalu taknak balik ke rumah. Lebih selesa tidur di rumah Tokma. Mungkin dia menyedari yang dia harus berdikari. Mungkin persediaan awal baginya.

Apa-apa pun, semoga dirimu membesar dengan sempurna.


Nota: ED 1 Ogos 2011 - Hari pertama Puasa.




Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

Next previous home
Related Posts with Thumbnails