25 November 2010

Malaysia pandang berat situasi tegang di Korea



Malaysia memandang berat terhadap situasi tegang di Semenanjung Korea akibat serangan artileri oleh Korea Utara ke atas Pulau Yeonpyeong di Korea Selatan dan berikutan balasan tembakan artileri dari Korea Selatan.

NONEMenteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman, berkata Malaysia juga mengecam insiden ini yang mengakibatkan tragedi kehilangan beberapa nyawa tentera Korea Selatan dan mencederakan beberapa orang yang lain.

"Malaysia menggesa semua pihak terbabit untuk mengelak daripada mengambil tindakan yang boleh menyebabkan bertambah lagi ketegangan dan menimbulkan ketidakstabilan di rantau ini," katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata Malaysia berharap semua pihak akan berusaha untuk memastikan keamanan dan kestabilan di Semenanjung Korea serta menumpukan usaha ke arah langkah-langkah membina kepercayaan dan keyakinan.

Ketegangan memuncak di Semenanjung Korea semalam, selepas Pyongyang melepaskan berpuluh-puluh bedilan meriam ke pulau-pula di Korea Selatan. Ia dikatakan serangan yang terbesar sejak tamat Peperangan Korea pada 1953.

NONEMenurut laporan AP/Reuters, serangan itu dilakukan ketika wakil Amerika Syarikat sedang dalam penerbangan ke rantau itu berikutan pendedahan Korea Utara bahawa ia akan meneruskan langkahnya memperkayakan uranium, yang memungkinkannya mengeluarkan bahan bagi senjata atom.

Di Tokyo, Perdana Menteri, Jepun, Naota Kan berkata beliau mengarahkan menterinya supaya bersedia bagi apa juga kemungkinan selepas kejadian itu.

NONEManakala China pula melahirkan kebimbangan berhubung kejadian berbalas tembakan di antara Korea Utara dan Korea Selatan dan menggesa kedua-dua pihak mencari penyelesaian ke arah kestabilan dan keamanan di semenanjung Korea.

Bedilan Korea Utara itu mengakibatkan beberapa bangunan terbakar, serta menyebabkan tembakan balas dari Korea Selatan.

Sekurang-kurangnya dua anggota marin Korea Selatan maut dan 16 lain cedera, kata pihak tentera.

Dalam reaksinya semalam, Kementerian Pertahanan Korea Selatan berkata bedilan artileri itu adalah jelas pencabulan gencatan senjata dipersetujui kedua-dua negara, dan berkata Pyonyang merancang pembedilan itu dengan sengaja.

NONEIa adalah serangan yang dirancang dan disengajakan...dan jelas ia mencabul perjanjian, kata Lee Hong-ki, pegawai Kementerian Pertahanan Korea Selatan.

Stesen televisyen YTN berkata beberapa rumah terbakar dan peluru masih lagi menghujani pulau Yeonpyeong.

Stesen berkenaan menyiarkan gambar asap tebal di ruang udara pulau terbabit, yang mempunyai antara 1,200 hingga 1,300 penduduk.



Source: Malaysiakini




Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

Next previous home
Related Posts with Thumbnails