29 November 2010

Kemalangan di Sungai Baging - Suami Melecur, Isteri Rentung Akibat Kenderaan Terbakar.

Seorang wanita rentung selepas kereta yang dinaikinya bertembung dengan sebuah kereta lain lalu terbakar di Km 35 Jalan Kuantan-Kemaman dekat Sungai Baging di sini hari ini.

Mangsa, Senik Osman, 69, maut di tempat kejadian manakala suaminya yang berumur 72 tahun yang memandu kereta Proton Iswara mereka cedera parah serta melecur separuh badan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan Supt Zulkifli Taha berkata, dalam kejadian pada 1.45 petang itu, kenderaan mangsa sedang dalam perjalanan dari arah Kemaman ke Kuantan.

"Sampai di tempat kejadian, sebuah kereta yang jenis Toyota Vios yang dipandu seorang lelaki berusia 22 tahun dipercayai gagal memotong kenderaan dihadapannya sebelum merempuh kereta yang dinaiki mangsa dari arah bertentangan,” katanya ketika dihubung di sini, hari ini.

Katanya, kereta yang dinaiki mangsa kemudian terbakar dan menyebabkan mangsa yang tersepit di tempat duduk penumpang hadapan rentung dijilat api sementara suaminya yang melecur sempat menyelamatkan diri.

Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan sementara suami mangsa kini menerima rawatan di hospital yang sama, katanya.

Katanya pemandu kereta Toyota Vios terbabit bagaimanapun hanya cedera ringan. - Bernama



Source: Utusan





Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

Next previous home
Related Posts with Thumbnails