31 October 2010

Kemalangan bertubi-tubi - Kali ini di Setiu, Terengganu. Apa nak jadi dengan sistem trafik Malaysia?

Kita belum lagi reda dari kejutan sebuah bas yang kemalangan di Simpang Ampat mengakibatkan berbelas orang meninggal dunia. Begitu ngeri apabila menyaksikan gambar-gambar dan video-video kemalangan tersebut. Dua hari lepas kita dikejutkan lagi dengan kemalangan yang juga melibatkan sebuah bas di Genting Sempah yang mengakibatkan 7 orang meninggal dunia.

Hari ini kita mendapat lagi berita ngeri. Ya! 5 orang meninggal dunia kerana terlibat kemalangan kereta yang bertembung dengan sebuah van. Begitu murah nilai nyawa rakyat kita dan aku tak pasti di mana silapnya.

Adakah sistem trafik kita yang bermasalah atau mentaliti rakyat malaysia yang masih ditakut bawahan. Fikir-fikirkanlah....

**************************





KOSMO Lima termasuk tiga beradik maut kereta bertembung van
31/10/2010 7:40pm

SETIU - Empat sekeluarga termasuk seorang bayi berumur setahun antara lima yang terkorban dalam kemalangan ngeri melibatkan dua buah kenderaan di Kilometer 67.5 Jalan Penarik, Permaisuri di sini hari ini.

Dua lagi parah manakala 10 yang lain cedera ringan dalam kemalangan ketika hujan lebat antara kereta Proton Wira dan sebuah van berhampiran Kampung Nyatuh, di sini kira-kira pukul 1.30 tengah hari.

Mereka yang maut ialah pemandu kereta Proton Wira, Noorazdy Yelwy Sidek, 32; adiknya, Noorazry Elmy, 29; Noor Afzan Efizalman, 16; Nor Amisya Maisarah, anak Noorazry Elmy yang berumur setahun.

Turut terkorban seorang penumpang van, Mek Wook Yacub, 76. Kesemua mereka berasal dari Besut.

Kesemua yang terbunuh kecuali Nor Amisya Maisarah disahkan mati di tempat kejadian akibat kecederaan serius di kepala dan tersepit dalam kenderaan. - Bernama



UTUSAN

Lima maut, kereta dan van berlanggar

31/10/2010 10:13pm

SETIU 31 Okt. - Lima maut dalam kemalangan ngeri membabitkan sebuah kereta dan van di Kilometer 67.5 Jalan Permaisuri-Penarik dekat Kampung Nyatuh di sini hari ini.

Mangsa termasuklah tiga beradik lelaki yang menaiki kereta dan bayi kepada salah seorang daripada mereka di samping penumpang van, seorang warga emas.

Noorazydyelwy Sidek, 32, Noorazryelmy Sidek, 29, adiknya, Noorafzan Efizalman Sidek, 16, mati di tempat kejadian manakala bayi perempuan Noorazryelmy, Nor Amysha Maisarah,1, meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Setiu.

Turut maut dalam kemalangan kira-kira pukul 1.30 petang itu Mek Wook Yaakob,76, yang merupakan penumpang van. - Utusan


METRO

Lima termasuk tiga beradik maut kereta bertembung van

SETIU: Empat sekeluarga termasuk seorang bayi berumur setahun antara lima yang terkorban dalam kemalangan ngeri membabitkan dua kenderaan di Kilometer 67.5 Jalan Penarik, Permaisuri di sini tengah hari tadi.

Dua lagi parah, manakala 10 yang lain cedera ringan dalam kemalangan ketika hujan lebat antara kereta Proton Wira dan sebuah van berhampiran Kampung Nyatuh, di sini kira-kira jam 1.30 tengah hari. Mereka yang maut ialah pemandu kereta Proton Wira, Noorazdy Yelwy Sidek, 32; adiknya, Noorazry Elmy, 29; Noor Afzan Efizalman, 16; Nor Amisya Maisarah, anak Noorazry Elmy yang berumur setahun.


Turut terkorban seorang penumpang van, Mek Wook Yacub, 76. Kesemua mereka berasal dari Besut. Kesemua yang terbunuh kecuali Nor Amisya Maisarah disahkan mati di tempat kejadian akibat kecederaan serius di kepala dan tersepit dalam kenderaan. Bayi malang itu pula disahkan meninggal dunia jam 6.15 petang tadi ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Setiu. Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Sheikh Othman Abdul Hamid yang mengesahkan kejadian, berkata siasatan awal polis mendapati kereta yang dinaki empat beranak yang dalam perjalanan dari Penarik ke Permaisuri itu dipercayai terbabas sebelum bertembung dengan van dari arah bertentangan. Sementara itu, identiti pemandu van dan penumpang yang mengalami kecederaan masih belum dikenalpasti dan kesemua mereka kini dirawat di Hospital Besar Setiu. -Bernama





Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

Next previous home
Related Posts with Thumbnails