03 August 2010

Parlimen Indonesia digodam gambar lucah



JAKARTA - Laman filem lucah yang disiarkan pada skrin perkhidmatan maklumat di Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) iaitu Parlimen di Indonesia telah menggemparkan wartawan-wartawan dan birokrat semalam. Skrin perkhidmatan itu pada kebiasaannya menyiarkan berita terkini mengenai politik di negara tersebut. Imej laman filem lucah yang diambil daripada Internet itu berlangsung selama 15 minit sebelum pengawal keselamatan berjaya menutupnya.
Setakat ini, tidak jelas bagaimana imej kurang sopan itu boleh muncul di skrin. Namun Speaker Parlimen, Marzuki Alie menegaskan bahawa sesiapa yang didapati bertanggungjawab berhubung kesilapan tersebut akan dihukum.



"Sesiapa yang menggodam skrin ini bersikap kurang ajar dan akan dihadapkan ke pihak berkuasa," katanya.

Insiden itu pastinya memalukan Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono yang baru-baru ini menyokong gesaan agar kawalan ke atas Internet diperketatkan berikutan timbulnya skandal video seks melibatkan tiga selebriti terkenal negara berkenaan iaitu penyanyi band Peterpan, Ariel dengan pengacara Luna Maya dan Cut Tari. - Agensi

kosmo..



Parlimen digodam gambar lucah

JAKARTA 2 Ogos - Gambar-gambar lucah terpampang dalam perkhidmatan penerangan dalaman Parlimen Indonesia hari ini, mengejutkan wartawan dan birokrat yang bergantung kepada penggunaan skrin itu untuk mendapatkan maklumat terkini acara politik.

Imej adegan seks yang kemungkinan diambil dari Internet mengisi skrin sesentuh yang digunakan pemberita, petugas politik dan pelawat selama kira-kira 15 minit sebelum pengawal keselamatan menutupnya.



Tidak dapat dipastikan bagaimana gambar tersebut muncul di skrin penerangan tersebut namun Speaker Dewan, Marzuki Alie menegaskan siapa jua yang bertanggungjawab akan dihukum.

"Siapa saja yang menggodam skrin itu adalah biadab dan akan diserahkan kepada pihak berkuasa," katanya kepada pemberita.

Insiden ini memalukan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono yang baru-baru ini menyokong kawalan lebih ketat ke atas Internet berikutan skandal video lucah selebriti tempatan yang tersebar di dunia maya.

Skrin yang diletakkan di luar bilik media itu memaparkan sebuah laman web lucah percuma yang didakwa disiarkan dari sumber luar.

Ini merupakan kali kedua keselamatan dalaman Parlimen diceroboh minggu ini.

Jumaat lalu, pelakon terkenal Pong Harjatmo memanjat bahagian bumbung bangunan ini untuk menulis mesej dengan menggunakan cat.

Pong menulis perkataan 'jujur, adil dan tegas' di atas bangunan berbentuk penyu ini sebelum ditahan pengawal keselamatan.

Dia berbuat demikian kerana kecewa dengan prestasi Parlimen dan kerajaan yang gagal menyelesaikan kes besar seperti skandal Bank Century serta trend terbaru penggubal undang-undang yang tidak menghadiri mesyuarat.

Pelakon veteran itu menegaskan yang dia hanya meluahkan rasa kecewa rakyat. - AFP

utusan




Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

Next previous home
Related Posts with Thumbnails