KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Negara hari ini diberitahu sehingga semalam vaksin influenza A (H1N1) masih berbaki 6,800 dos daripada 400,000 dos yang disediakan.
"Sehingga semalam, sebanyak 371,185 dos vaksin H1N1 diberikan kepada 194,743 anggota barisan hadapan dan 176,442 yang tergolong kumpulan berisiko tinggi," katanya ketika menjawab soalan Senator Doris Brodie di sini.
Beliau berkata, daripada 400,000 dos yang dibekalkan kepada kementeriannya, 200,000 adalah untuk anggota barisan hadapan manakala bakinya adalah untuk mereka yang berisiko tinggi, berasaskan prinsip ''siapa cepat dia dapat''.
Sementara itu, Rosnah berkata, orang awam juga boleh mendapatkan vaksin influenza bermusim tiga serangkai terkini yang turut mengandungi strain pandemik H1N1 di klinik dan hospital swasta jika memerlukannya.-Bernama
Source: Metro
Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI