11 April 2010

Tragedi Masyarakat : BUANG BAYI DALAM TONG SAMPAH!!!!!
















Bagi 3 pekerja sebuah syarikat mengangkut sampah, iaitu kontraktor kepada Majlis Daerah Hulu Selangor, rutin harian mereka sama sahaja. Bagaimanapun , pagi ini sesuatu yang memeranjatkan, berlaku ketika mereka tiba berhampiran tempat membuang sampah berhampiran lampu isyarat Sg Choh. Pemandu lori sampah, Mohd Kamil Enoh, 44 tahun, seperti biasa akan turut mengangkat tong sampang untuk dituangkan isinya ke dalam lori. Bagaimanapun, entah mengapa, dia rasa sesuatu yang apabila terlihat satu bungkusan di atas timbunan sampah di dalam tong terbabit. Lantas Mohd Kamil membuka bungkusan plastik yang di dalamnya terdapat sesuatu yang dibungkus pula dengan suratkhabar. Dia terlihat, kaki terkeluar dari bungkusan suratkhabar membuatkan Mohd kamil terkejut. dia terus membuka bungkusan itu yang akhirnya terbukti benar - mayat seorang bayi lelaki masih bertali pusat dan cukup sifatnya .
Bayi ini dipercayai telah meninggal dunia dalam tempoh 24 jam sebelum ditemui. Kesan darah turut ditemui pada tubuh badan bayi ini. Menurut Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supt Norel Azmi Yahya Affandi, masih belum dapat ditentukan samada bayi malang terbabit meninggal sebelum dilahirkan atau sebaliknya.Bedah siasat di Hospital Kuala Kubu bahru akan menentukannya.

Hasil pemerhatian, bayi ini dipercayai berbangsa Melayu.

Moral : ya, satu lagi kisah, Tragedi Masyarakat kita.. dah jadi lali.. yang buang, balik, campak, humban, bakar, pam dalam tandas, henyak, bungkus, bayi yang dikandungkan sendiri selama 9 bulan.
perasaan.. oh, rasanya masa tu agak-agaknyalah.. tak ada rasa apa bersalah pun. cuma rasa nak sembunyikan perbuatan dan jangan orang tahu. cukuplah.. sebab kalau tidak, tak kan tergamak buat macam ni...

Entahlah, tak ada bahasa yang mampu menafsirkan perasaan hati saya, kesal, sedih, marah, kecewa, sakit hati, semua berperang. Ada waktu.. rasa simpati.. sebab mungkin mereka jahil, tapi bila fikir-fikir.. jahil tidak lagi alasan. Islam bukan agama dalam gua sampai kita tidak didedahkan... masa tu rasa nak hogah kepala orang yang buat kerja ni pun ada...

oh ye.. kali ini siapa pula yang salah...



Source: Scripter




Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

Next previous home
Related Posts with Thumbnails