02 April 2010

Din Beramboi selamat dikebumikan, lebih 500 hadir

KUALA LUMPUR 2 April – Pelawak dan penyampai radio terkenal, Din Beramboi, atau nama sebenarnya Mior Ahmad Fuad Mior Badri, yang meninggal dunia awal pagi ini selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ehsan, Kepong dekat sini pada pukul 11 pagi ini.

Lebih 500 hadir bagi memberi penghormatan terakhir mereka, termasuk ahli keluarga, rakan-rakan dan para peminat.

Din Beramboi, 43, meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Selayang kira-kira pukul 12.30 pagi akibat demam denggi berdarah sehingga mengakibatkan hati dan buah pinggangnya gagal berfungsi.

Din Beramboi meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak yang masing-masing berumur antara 18, 16 dan enam tahun.

Beliau dimasukkan ke ICU Hospital Selayang sejak Selasa lalu setelah kritikal akibat mengalami demam denggi berdarah.

Allahyarham adalah anak ketiga daripada empat beradik dan merupakan anak lelaki tunggal.

Din Beramboi terkenal kerana gandingannya bersama Aznil Nawawi dalam slot Riuh Pagi Era di stesen radio Era. – Bernama





Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

Next previous home
Related Posts with Thumbnails