06 April 2010

Apakah perasaan anda sekiranya....

SITUASI SATU

Anda seorang pelajar di sebuah sekolah yang baru 2 bulan dibuka. Ya! Sekolah baru dan anda adalah perintis di sekolah itu. Tiada senior dan andalah super-senior!! Hebat bukan? Anda meminati seorang gadis/jejaka di sekolah anda.

Hari Ahad, perhimpunan dijalankan. Anda sentiasa memerhatikan gadis/jejaka yang anda minati ketika anda beratur di perhimpunan mingguan tersebut dan tidak mengambil perhatian di dalam perhimpunan tersebut. Ketika guru disiplin sedang memberikan ucapan, tiba-tiba nama anda dipanggil untuk berdiri di depan tanpa mengetahui kenapa anda dipanggil menghadap kesemua pelajar-pelajar di sekolah itu. Guru disiplin tersebut memanggil nama anda sambil memberitahu ingin menghukum anda kerana anda telah membuat kesalahan. Anda kini berdebar-debar sebab anda tak pernah dipanggil di khalayak ramai sebegitu dan tertanya-tanya apakah kesalahan yang telah anda lakukan. Adakah dengan memerhati seseorang, menjadi satu kesalahan?

Anda kini semakin gugup seolah-olah sebuah bukit bakal menghempap kepala anda. Semua orang memerhatikan anda terutama gadis/jejaka tersebut. Anda takut dan malu...

Akhirnya guru disiplin tersebut mengumumkan bahawa anda telah memenangi hadiah pertama peringkat negeri pertandingan mengarang sajak sempena kempen anti-dadah peringkat negeri dan sajak yang dihantar merupakan hasil kerja sekolah yang diberikan telah diberikan oleh guru sebelum ini....




SITUASI DUA

Anda sedang menghadiri perhimpunan mingguan dan tiba-tiba semua pelajar di beberapa kelas telah ditahan dan masuk ke dalam beberapa makmal sains termasuk anda. Anda telah diberikan helaian kertas ujian yang soalan bercampur aduk dengan semua subject yang anda pelajari termasuk juga soalan yang tidak termasuk dalam sukatan pelajaran. Anda risau kerana anda tidak mengulangkaji pelajaran dan tiba-tiba ada ujian. Setelah sejam berlalu barulah semua pelajar kembali ke kelas.

Keesokkannya anda telah diumumkan mendapat markah tertinggi dan akan mewakili sekolah ke peringkat daerah dalam kuiz pengetahuan am.



P/S: ........ dan itu semua adalah pengalaman aku di zaman sekolah.... Alangkah indahnya....

Situasi 1: Ketika itu di tahun 1992 dan aku di tingkatan 2. Guru BM memberikan homework mengarang sajak bertemakan anti-dadah dan aku hanya buat sajak itu ala-kadar je. Tak sangka plak boleh menang peringkat negeri Terengganu. Bangga siot.... Especially depan awek tu.... huhuhu

Situasi 2: Tahun 1993, lepas PMR... Aku bersama 2 orang lagi telah dipilih untuk mewakili sekolah ke peringkat Daerah Kemaman dan kami menjadi johan dan mewakili Kemaman ke peringkat negeri Terengganu dan hanya berjaya menduduki tempat ke-3...




Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

Next previous home
Related Posts with Thumbnails