01 December 2009

Ciri-ciri perbezaan lelaki dan perempuan

Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki.

Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda,"Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang penyayang tidak akan sia-sia.

Apabila seorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1000 kejahatan.

Apabila perampuan mula sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya yang melahirkannya.

Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberikannya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

Barangsiapa yang menggembirakan akan perempuannya, darjatnya seumpama orang yang menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah akan diharamkan api neraka keatas tubuhnya.

Barangsiapa yang membawa hadiah (barang makan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah dahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu dari suaminya (10,000 tahun)

Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendakinya.

Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

Aisyah berkata, "aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?

Jawab Rasulullah, "suaminya"

"siapa pula berhak terhadap lelaki?"

Jawab Rasulullah, "ibunya".

Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

Wanita yang taat akan suaminya, ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suminya serta menjaga sembahyangnya dan puasanya.Syurga itu di bawah tapak kaki Ibu.

Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku ( Nabi s.a.w) di dalam syurga.

Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.


*Jadi, janganlah sesekali kita menjadi lemah. Wanita sebenarnya yang membuat lelaki itu kuat. itulah salah satu sebab mengapa Nabi meletakkan wanita setaraf pada lelaki dan tidak lebih rendah.




Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

Next previous home
Related Posts with Thumbnails