Showing posts with label iklan lucah. Show all posts
Showing posts with label iklan lucah. Show all posts

06 October 2010

Widget Blog Percuma: Bagus ke?

Kadang-kadang kita teruja menggunakan widget menarik percuma yang ditawarkan kepada blogger untuk diletakkan di blog. Namun kadang-kadang kita tak sedar agenda mereka disebalik penawaran widget tersebut.

Bila kita pasang kat blog, mulalah macam-macam popup yang keluar bila visitor melawat ke blog kita. Kalau pop-up iklan yang baik takdelah sakit hati sangat tapi apa pula kita nak jawab kalau pop-up macam ni yang keluar?



Nampak macam OK je kan? tapi bila di hover imej telefon itu kepada gambar perempuan tersebut, kita akan nampak batang tubuh seorang perempuan yang menampakkan punggung menggiurkan.



Kalau kanak-kanak atau remaja yang melihat iklan ini, apa kata mereka? Dalam diam-diam kita mengasuh pemikiran otak mereka dengan imaginasi-imaginasi yang menggairahkan. Kita sebagai blogger aku rasa kita patut sedar akan perkara ini dan selalulah lihat apa yang ada disebalik widget yang ditawarkan ini....




Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

26 June 2010

Perkara yang aku paling benci dengan Facebook

Boleh dikatakan semua orang yang daftar Facebook sebab nak cari teman-teman lama. Tapi benda tu jugak menyakitkan hati aku. Kenapa ya?

Aku tau teman-teman lama aku mungkin atau pasti kata aku seorang yang biadap! Sebab aku 'outspoken' kat Facebook. Setakat maki hamun orang dengan perkataan 'bodoh, fuck, stupid, asshole dan lain-lain tu memang biasa bagi aku. Tapi hanya kepada teman-teman lama yang pernah mengenali aku sejak di bangku sekolah rendah. Kenapa ya?

Sedangkan aku boleh 'be manner' dengan orang yang aku baru kenal, teman-teman kerja. Kenapa ya?


Jawapan kepada 'KENAPA YA?'

1. Sebab aku bukan seperti kanak-kanak atau remaja di bangku sekolah. Aku tau zaman aku sekolah, aku seorang yang bersopan, mudah mengalah tapi tidak sekarang, kerana aku seorang yang agresif, aktif, ligat. Jangan samakan aku dengan zaman lampau yang korang kenal, mudah dibuli atau sebagainya. Aku kini self-protective, mempertahankan hak aku!

2. Sebab teman-teman lama suka menjaga tepi kain orang. Aku paling pantang orang yang mesej aku tanya kenapa aku online setiap masa, asyik main game. Tak berfaedah katanya. Hei, aku tak peduli. Ini hak aku. Aku tak pernah mintak sedekah diorang untuk bayar bil internet aku even bil elektrik. Malah aku pernah bagi ilmu internet kat diorang tanpa mintak satu sen pun. So, aku rasa diorang memang tak layak nak ambil tahu apa yang aku buat. Ini hak aku!



3. Sebab aku rasa diorang ni suka berlakon baik. Baiklah sangat. Pantang nampak penulisan lucah dari aku sikit, terus nak provoke~ nasihat macam-macam! Padahal tak baca apa cerita disebaliknya. Mana aku tak kata bodoh padahal explaination depan mata!




So, kalau ada teman-teman lama aku kat Facebook baca entry aku ni, kalau terasa tu, aku peduli apa. You are welcome to remove me from your friendlist and ignore me. Bukan aku pun yang add korang. Ada aku kisah??????????




Ikhlas dari,

AKU YANG BIADAP BERTEMPAT
bukan bermakna aku seorang yang jahat!!!




Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

07 May 2010

Malam Jumaat

Ntah apa-apa iklan TV zaman sekarang ni





Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

previous home
Related Posts with Thumbnails