Showing posts with label Penagih dadah. Show all posts
Showing posts with label Penagih dadah. Show all posts

07 November 2010

Generasi Y diambang KEHANCURAN




1. Generasi Y (generasi yang dilahirkan selepas 1981) sedang menghadapi ujian getir kerana sering dikaitkan berbagai masalah sosial, dadah, mat rempit, seks bebas, buang bayi, homoseksual, lesbian dan yang lebih parah sudah terlalu jauh dengan Allah swt dan Nabi Muhamad saw. Kenapa jadi begini? Adakah ini salah Generasi Y? Atau salah ibubapa dan masyarakat?

2. Beberapa hari yang lepas dalam majlis Yassin, ustaz membacakan Hadis yang lebih kurang maknanya bahawa salah satu asbab Allah swt akan menurunkan RAHMAT kepada hambanya di bumi apabila manusia sentiasa berAKHLAK mulia sebagaimana yang telah digariskan di dalam Al-Quran dan Sunnah yang telah ditunjukkan oleh Nabi saw. Jika kita lihat disekeliling kita adakah masyarakat dan pemimpin berbagai parti mengamalkan AKHLAK yang baik atau mereka sering bercakaran hanya kerana KUASA dan HARTA dengan menggunakan berbagai slogan perjuangan. Jadi bagaimanakah Allah swt boleh menurunkan RAHMAT kepada kita.

3. Beberapa minggu yang lepas di suatu majlis Bayan, aku diberitahu bahawa Allah swt akan menurunkan RAHMAT di bumi ini bermula di Masjidil Haram (ada yang kata melalui Pancur Mas di Hijir Ismail) kemudian RAHMAT akan ke Masjid Nabawi kemudian ke Masjid Al-Aqsa dan seterusnya akan bertebaran keseluruh Masjid, Surau dan Musollah di seluruh pelusuk dunia. Setiap kaum lelaki yang mengerjakan Solat Berjemaah akan membawa pulang oleh-oleh berbentuk RAHMAT ke rumah yang akan menjadikan rumah dan keluarga termasuk Generasi Y tersebut insyallah dalam peliharaan Allah swt. Apa jadi sekiranya para bapa tidak solat berjemaah di Masjid atau Surau maka rumah akan jadi kaku tanpa RAHMAT. Anak menjadi degil, suami-isteri sering bergaduh dan rumah bukanlah syurgaku.

4. Generasi Y ini akan hanya kembali kelandasan yang betul apabila mendapat RAHMAT dari Allah swt. Tetapi seandainya Generasi X (generasi yang dilahirkan sebelum 1981) terus bercakaran dan tidak mengamalkan AKHLAK yang baik dan tidak Solat Berjemaah di Masjid dan Surau sudah pasti RAHMAT tidak akan turun dan masalah yang dihadapi oleh Generasi Y akan menjadi lebih parah lagi. Kasihanilah anak-anak kita yang akan menjadi permulaan kuturunan kita zaman berzaman.

Adakah kita mahu melihat dari kubur kelak bahawa Generasi yang kita lahirkan turun temurun sehingga hari kiamat generasi yang tidak mendapat RAHMAT dan tersesat di dalam terang??

Fadhilat Amal : Nabi saw bersabda : “Tidak lama lagi akan datang kepada manusia satu zaman yang tidak tinggallah Islam kecuali namanya dan tidak tinggallah Al-Quran kecuali tulisannya.”


P/S: Aku Generasi X




Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

30 October 2010

Haruan makan anak



Bukan yang ni. Kalau yang ni senang je. Kasi goreng buat ubat luka perempuan bersalin je. Yang aku nak cerita adalah pasal 'haruan makan anak' atau seorang muhrim yang sanggup merogol muhrimnya sendiri seperti ayah rogol anak, abang rogol adik atau kakak, datuk rogol cucu... Macam-macam.


Sekadar hiasan

Hari ini dalam Akhbar Metro menceritakan seorang ayah yang sanggup mencabul anaknya sendiri. Apa nak jadi dengan dunia sekarang. Seorang ayah yang sepatutnya mempertahankan anak dan keluarga sanggup memusnahkan masa depan anaknya sendiri.



7 tahun dicabul bapa


BUKTI...Kamisah menunjukkan laporan polis mengenai pencabulan anak saudaranya.
BUKTI...Kamisah menunjukkan laporan polis mengenai pencabulan anak saudaranya.

KUALA LUMPUR: “Sudah tujuh tahun anak saudara saya yang berusia 14 tahun dicabul bapanya sendiri, tapi baru kini rahsia itu terbongkar sebelum kami membuat laporan di Balai Polis Rawang, Rabu lalu,” kata Kamisah Jamal, 31, ibu saudara kepada seorang remaja perempuan yang mendakwa dicabul bapanya sejak tujuh tahun lalu.

Beliau berkata, setiap hari mangsa sering bermuram kerana trauma dengan apa yang berlaku selain tidak menyangka bapa kandungnya yang juga penagih dadah tergamak mencabul kehormatannya sejak kecil.


“Melalui cerita anak saudara saya, dia memberitahu ketika berusia tujuh tahun, bapanya selalu bermain dengan kemaluannya dengan tangan tetapi sejak dua tahun lalu selepas cukup umur, bapanya semakin berani melakukan perkara yang lebih buruk.


“Bapa mangsa yang juga abang kandung saya, sering mengambil peluang menceroboh masuk ke bilik anaknya itu apabila semua ahli keluarga lain tidur dan ada kalanya pada sebelah pagi ketika ibunya pergi bekerja hingga dia tidak terdaya untuk melawan,” katanya ketika datang ke Balai Berita, semalam.

Menurutnya, kejadian itu berlanjutan menyebabkan anak saudaranya itu trauma.


“Selepas membuat laporan, saya membawanya ke Hospital Selayang untuk pemeriksaan dan pihak hospital mengesahkan ada kesan menunjukkan anak saudara saya itu dicabul.


“Saya hanya mahu ayahnya ditangkap kerana sanggup melakukan perbuatan terkutuk ke atas anak sendiri,” katanya.


Akibat perbuatan terkutuk itu, anak saudaranya itu juga dikatakan sudah beberapa kali cuba membunuh diri.


Kamisah juga tidak berpuas hati apabila kakak iparnya merancang untuk menarik balik laporan yang dibuat kerana tidak mahu suaminya ditangkap.


“Saya hanya minta anak saudara dan dua adik perempuannya dilindungi bagi mengelak kejadian buruk berlaku.


“Mereka masih muda dan mempunyai masa depan yang panjang untuk dilalui,” katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah, ketika dihubungi semalam, mengesahkan menerima laporan kes cabul berkenaan dan akan membuat siasatan lanjut sebelum melakukan sebarang tangkapan.




Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

previous home
Related Posts with Thumbnails