Showing posts with label Just for fun. Show all posts
Showing posts with label Just for fun. Show all posts

20 January 2011

Best piracy of the year

Agak-agaklah nak mencetak rompak kan?
Gelak aku nengok gambar ni






Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

17 October 2010

Makna disebalik bunyi 'hon' kenderaan....


Inilah al-kisah tentang bunyi ‘hon’…

Kalau korang semua ingat hanya kuntuman bunga jer yang ada maksud disebaliknya, korang silap!!!

Pernah tak masa driving, kadang-kadang kita dengar kereta yang berselisih atau kereta di belakang kita membunyikan hon?

Percaya atau tidak…

Tahukah anda bahawa setiap bunyi hon itu ada maksud tertentu disebaliknya.


Saya bongkarkan maksud disebalik bunyi-bunyi hon tersebut untuk anda sekarang. Please take note yer!

1 x HON PENDEK - pemandu tu nak cakap “HAI”

2 x HON PENDEK - pemandu tu nak cakap “TERIMA KASIH” atau “JUMPA LAGI”

3 x HON PENDEK - pemandu tu suruh kenderaan depan tu cepat sikit (biasanya kat traffic light time dah hijau tak reti-reti nak jalan)

1 x HON PANJANG - pemandu tu beri amaran kereta lain bahawa diorang memandu secara merbahaya dan hampir menyebabkan kemalangan

2 x HON PANJANG - pemandu tu marah “HOI!!!… BODOH XDER OTAK KE”

4 X atau lebih HON PENDEK - pemandu tu cakap ;
















SURATKABA LAMA....SURATKABAR LAMA...SURATKABAR LAMA

(ceria-ceria slalu kay....)







Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

24 August 2010

.: Minah Rempit Sejati :.

Asalnya dulu, memang beliau ni minah rempit. Tapi dah lama dulu la. Waktu tu memang beliau berkecimpung dalam dunia permotoran sebab terikut dengan abang-abang beliau. Beliau sorang je anak perempuan, abang pulak ramai. Jadi, memang kalau abang beliau pi merempit, selalu la beliau folo. Lagak pun ala-ala tomboy gitu.

Weh, lu jangan ingat beliau ni minah rempit yang bonceng kat belakang mat rempit pulak. Bukan. Beliau ni bawak sendiri beb motor. Ini baru betul-betul jiwa merempit. Bukan pesyen pakai baju ketat, bila tonggek sikit terus nampak lurah punggung. Tak main lah minat rempit pesyen gitu.

"I memang menyampah tengok aksi gedik minah-minah rempit sekarang. I dulu tak macam gitu tau. Jiwa I betul-betul jiwa minah rempit. Walaupun I pernah tergolek 2,3 kali atas jalanraya, tapi I tak give up. Lagi pulak, I like mat rempit", semangat kerempitan itu masih terserlah dalam diri beliau.

Setelah berkahwin dengan seorang mat rempit, kehidupan beliau yang suka merempit tidak di tinggalkan begitu saja. Kadang-kadang bersama suami beliau, mereka merempit bersama tak kira pada malam hujung minggu atau hari-hari biasa. Bergantung kepada masa lapang mereka berdua. Sekiranya mood merempit itu sampai, terpaksa mereka laki bini hantar anak ke rumah jiran sebelah, dan akan mengambil semula anak mereka setelah pulang merempit.

"Jadi, nasihat I kepada gadis remaja yang ingin bergiat dalam bidang rempit ni, renung-renungkan dan selamat beramal", kata beliau kepada semua gadis-gadis di Malaysia yang mungkin menyimpan hasrat untuk terjun dalam bidang yang semakin di gemari oleh mat-mat dan minah-minah rempit.

Sebelum wartawan Mistikah pulang, beliau sempat memosingkan sekeping gambar untuk tatapan peminat setia majalah ini. Jadi, berjumpa lagi kita pada keluaran Mistikah 10 tahun akan datang. Chow dulu. Apa-apa pun, sila tatap gambar beliau.

....


....


....






Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

22 August 2010

BaCaan 18SX ; Aduhhh! Dah tak tahan dah!

Punggung dia bergegar, punggung aku juga bergegar. kami sama-sama sudah tidak dapat menahan!
Aku sudah penat me………, masih juga belum sampai-sampai, dan aku pon tak tahan dia semakin lagi tak tahan!

Dia terhentak dan aku turut ikut terhentak. kami semakin tak tahan! kami sama-sama sehaluan
terus bergegar serta bergoyang-goyang macam nak…… aku semakin ligat me………… Arrrrr..aaaahhhhh..! Aduh! aku dah tak boleh tahan dah!

Kerana terlalu lama bergegar dan bergoyang, dia pun tak tahan lalu meraung
Arrrr..aaaah!
Aduh!
Mana tahan!
Arrrr..aaaahhhhhh!
Sampai kuar air mate aku meraung!

Aku pun berhenti dari mengayuh basikal tu!Kami sama-sama turun dari basikal.
Sambil menyangkung, kami memeriksa tayar basikal yang dah pancit tu.

“Aku dah kata, kita tak boleh naik basikal yang tayarnya dah pancit!”
“Nanti punggung kita pon sakit!”
“Kau nie degil lah!”
“Sudahlah! Kita repair aje dulu tayar basikal nieee dikedai basikal”



kih,kih,kih.....




Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

13 August 2010

Bila pelajar-pelajar sekolah dibenarkan kahwin






Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

12 August 2010

Malam Lailatul Qadar

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK...



“Lepas basuh pinggan, ikut Abah pergi masjid,” kata Abah separuh memerintah.

Aku memandang kepada Emak. Emak angguk sahaja. Maksudnya emak mahu aku ikut Abah solat subuh ke masjid. Jangan melawan.

Nampaknya, aku kena batalkan niat untuk sambung tarik gebar selepas kenyang bersahur.

Aku bonceng di belakang. Kami tidak pakai helmet. Kopiah sahaja.

Ganjil. Dalam cahaya suram menjelang subuh, aku lihat kubah masjid berada di tanah. Bukan di bumbung masjid. Ajaib.

Abah macam tidak nampak keganjilan itu. Aku cuit bahu dia dan tunjukkan ke arah kubah yang berada di tanah. Mungkin kubah itu tengah sujud fikir aku.

“Kenapa?” tanya Abah.

“Lailatuqadar,” kata aku dengan jari masih menunjuk kepada kubah.

“Kepala otak engkau. Berapa lama engkau tak ke masjid?”

Tidak pasal-pasal aku kena marah. Rosak pengalaman suci aku ini.

“Diorang tengah renovate masjid la. Bumbung masjid bocor.. pasal tu kubah tu dorg angkat letak kat tanah.. Bodoh,” sambung Abah sambil marah2 lagi. Huhuhu




Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

11 August 2010

Lepas digoda dia kena petir...

Jom layankan dulu apekebendanya nih....
Jangan terburai urat perut dah la...





Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

05 July 2010

TELITI ITU PENTING !!!!...

Sekumpulan pelajar perubatan berkumpul untuk melihat seorang pensyarah melakukan pemeriksaan ke atas satu mayat... Mereka berkumpul mengelilingi tempat mayat itu diletakkan..

"Dalam bidang perubatan, ada 2 kualiti yang sgt penting untuk menjadi seorang doktor", kata pensyarah itu.

"Pertama.., kamu semua tidak boleh jijik melihat mayat", katanya...sebagai contoh, pensyarah itu mencucuk satu jarinya ke dalam mulut mayat, menariknya semula dan menjilat jarinya itu.

"Sekarang, cuba kamu buat", kata pensyarah itu.

Selepas beberapa ketika, barulah mereka mengikut apa yang mereka lihat. Seorang demi seorang memasukkan jari ke mulut mayat dan menjilatnya. Apabila semua pelajar selesai, pensyarah itu memandang ke arah mereka dan berkata....

"Kualiti kedua yang sangat penting adalah pemerhatian yang tajam. Seperti tadi....saya memasukkan jari hantu tetapi menjilat jari telunjuk. ....

SEKARANG.... .TUMPUKAN PERHATIAN... ..PAHAM!!! !!







Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

04 July 2010

Back to school

Keh keh keh.... Macam-macam gaya!







Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

previous home
Related Posts with Thumbnails