05 July 2011

Staff KFC yang kurang ajar!

Hari ni di Facebook ada terpampang videoklip yang mana staff KFC meleset ayam yang belum digoreng di tapak kasutnya. Teramat jijik perbuatannya. Ini ke servis yang diharapkan oleh semua pelanggan? Korang saksikan sendiri videoklip ni



Pihak KFC sendiri telah membuat kenyataan rasmi di Facebook sebentar tadi seperti berikut:

Kenyataan Rasmi dari KFC
by Kfc Malaysia on Monday, July 4, 2011 at 7:00pm

Pada bulan Oktober tahun lalu, KFC Malaysia telah dihubungi oleh seorang individu yang telah mengemukakan satu salinan klip video yang menayangkan seseorang telah merosakkan hidangan ketika proses penyediaan makanan tersebut. Kami berpendapat bahawa perbuatan menerbitkan klip video itu sebagai berniat jahat dan merupakan serangan terang-terangan terhadap organisasi kami. Kami telah mengambil tindakan segera dan melaporkan kejadian tersebut kepada pihak polis.

Pada 25 Jun baru-baru ini, kami telah mendapati klip video tersebut telah dimuat turun di halaman YouTube.

Pihak kami ingin menegaskan kepada para pelanggan dan orang ramai bahawa kejadian ini merupakan kes terpencil dan tidak pernah berlaku sebelum ini. Sejak Oktober 2010, pihak kami telah mengambil langkah-langkah perlu untuk mengelakkan kejadian-kejadian seperti itu berlaku lagi termasuklah dengan memasang televisyen litar tertutup (CCTV) di bahagian dapur restoran-restoran KFC.

KFC akan sentiasa mengekalkan standard kebersihan dan kualiti yang tertinggi dalam semua aspek bisnes kami. Sama ada di Malaysia ataupun di seluruh dunia, anggota-anggota pekerja kami amat berdedikasi untuk terus menyediakan perkhidmatan terbaik, berkualiti dan makanan yang selamat. Kami memandang serius di atas kejadian yang telah berlaku ini. Pihak kami akan sentiasa mengemaskini semula proses-proses pengambilan dan latihan untuk meningkatkan lagi penyampaian perkhidmatan kepada semua pelanggan kami. Pasukan kami yang terdiri daripada 9,700 orang chef dan anggota pekerja lain di seluruh Malaysia akan terus memberikan perkhidmatan yang terbaik dan berkualiti seperti yang telah diketahui selama ini.

Bagi pihak KFC Malaysia, pihak kami ingin mengucapkan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan di atas sokongan anda semua.


Pengarah Urusan
KFC Holdings (Malaysia) Bhd



Namun, di dalam kenyataannya, tiada langsung perkataan maaf dari pihak management KFC. Dah terang-terang lelaki di dalam videoklip itu memakai pakaian seragam KFC, tetapi masih mempertahankan sebagai berniat jahat dan merupakan serangan terang-terangan terhadap organisasi.

Boleh ke macam tu? Korang boleh baca komen-komen di LINK INI.




Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

Next previous home
Related Posts with Thumbnails