31 January 2011

RON97 Naik 10 Sen Kepada RM2.50 Tengah Malam Ini


PETALING JAYA: Harga petrol RON97 akan dinaikkan 10 sen berkuat kuasa tengah malam Isnin, menurut seorang sumber kerajaan.

Dengan kenaikan itu, harga petrol RON97 akan meningkat menjadi RM2.50 seliter berbanding RM2.40 sebelumnya, lapor Malaysiakini.

Ini merupakan kenaikan harga yang keempat berturut-turut bagi petrol RON97.

Semenjak tahun lalu, harga RON97 mula dinaikkan kepada RM2.15 pada 2 November, RM2.30 pada 1 Disember dan terus meningkat kepada RM2.40 pada 4 Januari tahun ini.

Harga bagi petrol RON97 yang banyak digunakan oleh kenderaan berkuasa tinggi, tidak ditetapkan kerajaan kerana ia diapungkan mengikut pasaran minyak dunia semasa.





Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

Next previous home
Related Posts with Thumbnails