28 December 2010

Yang pergi takkan kembali. Al-Fatihah buat Arwah Mohd Hisyamuddin bin Yahya

Aku baru balik dari bercuti bersama keluarga di Melaka dan Kuala Lumpur. Walaupun agak keletihan, aku gagahkan juga mencoretkan sesuatu di blog aku ini. Bukan mengenai percutian aku, untuk percutian, mungkin aku akan ceritakan dikemudian hari tapi aku ingin mencoretkan sebuah catatan kenangan ataupun lebih ringkasnya sebagai TRIBUTE buat seorang sahabatku Mohd Hisyamuddin bin Yahya.

Semalam, semasa aku melayari internet, aku terbaca status rakanku Na Nuar mengenai pemergian sahabat kami ke hadrat Ilahi.



Bagaikan tak percaya dia pergi terlalu muda dan begitu saja. Bagi aku dia seorang sahabat yang baik. Aku mengakses ke profile Syam dan melihat status terakhirnya.



Ya Allah, seolah-olah dia telah memberitahu kami semua yang dia akan tidur buat selama-lamanya. Ya pasti, dia telah tidur buat selama-lamanya. Mengikut penceritaan rakan-rakan lain, dia menghidap lemah jantung dan meninggal dunia semasa tidur.

Kenangan lama terimbau diingatanku....

Aku dan Syam pada zaman persekolahan memang kamceng. Kitorang selalu bersama sehingga suatu hari, dia kemalangan yang agak serius. Aku antara orang yang amat sedih ketika itu tapi dia seorang yang gagah, selepas beberapa bulan, dia sembuh.

Namun langit tak selalunya cerah... Atas sebab yang aku sendiri tak ingat, kami bagaikan 'berpisah'. Tidak sekamceng dulu lagi sehinggalah tamat persekolahan. Namun disudut hati aku, dia tetap sahabatku. Sebab kami bukannya bergaduh.

Selepas persekolahan, aku selalu bertemu dengannya tapi hanya bertegur lebih kurang saja. Sekurang-kurangnya kami tahu kami pernah berkawan rapat suatu ketika dulu dan kami masih berstatus KAWAN.

Umurnya tak panjang, akhirnya tanggal 27 Disember 2010, dia telah meninggalkan seorang isteri dan sepasang anak buat selama-lamanya.

Syam, semoga rohmu ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Amin.



BELASUNGKAWA

MOHD HISYAMUDDIN BIN YAHYA
1 APRIL 1978 - 27 DISEMBER 2010
AL-FATIHAH





Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

Next previous home
Related Posts with Thumbnails