04 November 2010

Pengganti 'Paul The Magic Octopus'?

Belum pun 'hilang merah' lagi kubur Paul, dah ada pengganti dah. Diberitakan bahawa sotong kurita yang diperolehi di Montpellier di selatan Perancis itu diberikan dengan nama jolokan Paul II namun masih terlalu awal untuk memberitahu bawaha Paul II boleh melakukan aktiviti meramal ataupun tidak. Paul II baru berusia 5 bulan.




Sotong tilik bola sepak: Pengganti Paul tunjuk muka


OBERHAUSEN, Jerman 4 Nov - Pengganti Paul, akhirnya membuat penampilan pertama namun penjaga ia masih belum berani untuk menjanjikan tilikan tepat bola sepak daripada si sotong kurita muda itu.

Hidupan laut yang baru berusia lima bulan dan diberi nama sama, Paul itu telah berada di tangki baru di akuarium Sea Life di Oberhausen, semalam.

Paul baru yang membuat penampilan pertama sejak dua bulan dikuarantin itu, diambil berdekatan dengan Montpellier, tenggara Perancis dan seberat 300 gram.

Paul sebenar telah membuat ramalan tepat terhadap lapan perlawanan di Piala Dunia dan telah mati minggu lalu.

Namun begitu, masih belum pasti bahawa pengganti Paul ini akan turut terjebak dalam aktiviti meramal. - AP





Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

Next previous home
Related Posts with Thumbnails