05 November 2010

Lagi kemalangan bas: Bas Ekspres Transnasional Terbabas, Seorang maut dua parah

Baru-baru ini kes bas ekspres delima yang meragut nyawa pada 10.10.10 dan seterusnya kes bas ekspres terbabas, terbalik di Genting Sempah. Dan yang terbaru 8.15 malam tadi (4 November 2010) Bas Ekspres Transnasional Terbabas dalam sebuah tali air di Kampung Sungai Miang, di Kilometer 20 jalan Pekan-Nenasi Pahang..

Bas Ekspres Transnasional Terbabas Bas Ekspres Transnasional Terbabas, Seorang maut dua parah

Baru satu tambah lagi satu dan tambah lagi satu pulak Kes Bas Ekspres Transnasional Terbabas. Kini Bas Transnasional bas yang memang dipercayai oleh saya sendiri juga terlibat meragut nyawa.. Jom kita baca berita selanjutnya daripada hmetro.



PEKAN: Seorang maut, manakala dua cedera parah selepas bas ekspres yang mereka naiki terbabas sebelum terbalik ke dalam sebuah tali air di Kampung Sungai Miang, di Kilometer 20 Jalan Pekan-Nenasi, malam ini.

Pada kejadian 8.15 malam ini, bas ekspres Transnasional dari Johor Baharu menuju ke Kuantan, dikatakan hilang kawalan sebelum terbabas di tempat kejadian.

Menurut Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Yahaya Othman, mangsa yang terbunuh dikenali sebagai Ismail Natayudden Hamdan, 25, akibat cedera parah di kepala dan badan.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Pekan untuk bedah siasat, manakala dua mangsa yang parah, yang masih belum diketahui identiti itu turut dihantar ke hospital sama untuk rawatan,” katanya kepada pemberita di tempat kejadian di sini, malam ini.

Menurut Yahaya, bas berkenaan membawa 33 penumpang: “Penumpang lain dan pemandu bas terbabit tidak mengalami kecederaan,” katanya.

Beliau berkata, pemandu bas terbabit kini ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1985.

Sementara itu di BENTONG, tiga maut, manakala tiga lagi cedera parah dalam satu kemalangan di Km3 Jalan Mempaga–Lakum kira-kira jam 10 pagi tadi yang membabitkan sebuah kereta Proton Wira dan sebuah kereta Mercedes.

Menurut Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Rosli Abdul Rahman, mangsa yang maut ialah pemandu kereta Proton Wira, Mohd Zaihidi Zainal, 24, dari Felda Mempaga Satu; penumpang belakang kereta Wira bahagian kanan, Bakri Ibrahim, 28, beralamat di Jengka 12 dan penumpang hadapan kereta Mercedes, Kok Cheong Aik, 66, beralamat di Kuantan.


P/S : Adakah Bas Ekspres sudah tidak lagi selamat dinaiki? Errrr.. Tepuk dada tanya selera…





Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

Next previous home
Related Posts with Thumbnails