17 November 2010

Empat daripada satu keluarga terbunuh dalam kemalangan ketika pulang berhari raya

KEJADIAN : Kemalangan yang melibatkan sebuah kereta, 2 buah lori dan sebuah teksi menyebabkan 4 maut dan dua cedera

LOKASI : Km 377.6 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Slim River

TARIKH & WAKTU : 17 Nov 2010, pada pukul 2 pagi

MANGSA-MANGSA YANG MAUT IALAH:
Shaiful Fadzilah Shahar, 36
Siti Suzana Mohd Nor, 33
Fitri dan Fikri, 6 (kembar)

MANGSA-MANGSA YANG CEDERA IALAH:
Fatihah, 4, cedera parah (anak perempuan pasangan tersebut)
Firdaus, 8 cedera ringan (anak lelaki pasangan tersebut)


IPOH: Empat orang daripada satu keluarga terbunuh manakala dua lagi cedera parah apabila kereta yang mereka naiki terlibat dalam kemalangan dengan dua lori dan sebuah teksi di Km 377.6 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Slim River, 130km dari sini awal hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Tanjung Malim Deputi Superintendan Anuar Osman berkata, mereka yang terbunuh dalam kejadian pada 2 pagi ialah pemandu kereta Shaiful Fadzilah Shahar, 36, isterinya Siti Suzana Mohd Nor, 33, dan dua anak kembar lelaki mereka, Fitri dan Fikri berusia enam tahun.

"Shaiful Fadzilah, Siti Suzana dan Fitri yang cedera parah di kepala, meninggal dunia di tempat kejadian, manakala Fikri yang juga cedera parah di kepala, meninggal dunia di Hospital Slim River," katanya ketika dihubungi hari ini.

Anuar berkata, dua lagi anak pasangan itu, Fatihah, 4, yang cedera parah, dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, manakala seorang lagi anak lelaki, Firdaus, 8, cedera ringan dan dirawat di Hospital Slim River.

Keluarga itu berasal dari Labu, Seremban dan ketika kejadian mereka dalam perjalanan pulang untuk berhari raya di Lenggong, katanya.

Beliau berkata, kejadian berlaku apabila kereta Proton Iswara yang dipandu Shaiful Fadzilah dikatakan dirempuh dari belakang oleh sebuah treler, mengakibatkan kereta terbabit merempuh lori di hadapannya. "Sebuah teksi turut dirempuh oleh lori berkenaan, bagaimanapun pemandunya hanya cedera ringan," katanya.

Pemandu treler yang mengalami kecederaan dirawat di hospital Slim River dan polis sedang mengambil sampel darah untuk pemeriksaan.

Anuar berkata, kemalangan berlaku ketika hujan dan treler itu yang dipercayai dipandu laju gagal berhenti ketika kenderan bergerak perlahan ke susur keluar Slim River.

"Pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat dikejarkan ke tempat kejadian untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit dari kereta yang remuk itu, katanya.-- Bernama


Al-Fatihah...




Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

Next previous home
Related Posts with Thumbnails