06 October 2010

Sekolah Harapan sambut kelahiran bayi pertama



JASIN: Sekolah Harapan yang menempatkan remaja hamil di sini menyambut kelahiran bayi pertama - lelaki seberat 3.6 kilogram.

Bayi itu dilahirkan pada jam 8 pagi, Isnin lalu di Hospital Jasin, kata Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang mencetuskan idea penubuhan sekolah itu. "Saya difahamkan bayi itu akan diambil oleh keluarga kepada remaja perempuan itu," katanya kepada pemberita hari ini. Mohd Ali berkata di samping memberi perlindungan kepada remaja hamil, penubuhan sekolah itu juga dapat mengelakkan kes pembuangan bayi.

Sekolah itu mula dibuka pada 17 September lalu, kini menempatkan sembilan lagi remaja yang sedang hamil. Sekolah berasrama itu dikendalikan Majlis Agama Islam Melaka. -Bernama



Source: Metro


P/S: Pasni ramai laa pelajar/remaja buat projek anak tanpa segan silu... Kuota sekolah harapan masih banyak lagi. Tahniah!!!!






Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

Next previous home
Related Posts with Thumbnails