22 October 2010

The Amazing Race Asia 4 Episod 5



Episod kali ini menampilkan 8 pasukan yang masih bertahan di dalam perlumbaan mengelilingi dunia, The Amazing Race Asia musim ke-4. Kalido Beach, Kalutara, Columbo yang menjadi pitstop pada episod lepas kini menjadi tempat permulaan episod minggu ini. Pasukan pertama yang tiba ke pitstop pada minggu lepas menerusi tiket Fast Forward, Richard dan Richard dilepaskan pada pukul 1.35 pagi. Mereka dikehendaki terbang ke Manila dan dari situ, mereka dikehendaki ke Legazpi untuk mencari petunjuk pada jipney atau trak berhias.

Dari situ, mereka dikehendaki ke Lignon Hill dan seterusnya ke Barangay Budiao. Di situ, mereka dikehendaki melakukan cabaran memandu ATV. Setelah selesai, mereka dikehendaki memecahkan periuk tanah sambil menutup mata atau dikenali sebagai Pukpok Palayok yang mana ianya ada satu tradisi di situ.

Tugasan seterusnya adalah Detour. Dalam cabaran detour ini, setiap pasukan diberi pilihan samada ingin melakukan cabaran JIG iaitu menari tarian tradisi ataupun PIG iaitu menangkap babi. 7 pasukan telah melakukan cabaran JIB dan 1 pasukan telah melakukan cabaran PIG.

Buat pertama kali pada musim kali ini terdapat tugasan Intersection yang mana tugasan mestilah dilakukan bersama salah satu pasukan lain. Pasukan Khairie & Ethan dari Malaysia telah bergabung dengan Claire & Michelle dari Singapura, Pasukan Richard & Richard dari Filipina dengan Dimple & Sunita dari India, Jess & Lani dari Filipina dengan Ivan & Hilda dari Malaysia dan terakhir sekali ada Manas & Sahil dari India dengan Hussein & Natasha dari Indonesia. Mereka dikehendaki bergotong-royong membersihkan pantai di Teluk Misibis.

Setiap pasukan kembali berpecah untuk tugasan Roadblock. Kali ini setiap pasukan dikehendaki pergi ke Fish Farm dengan menaiki bot dan memilih kayak dan mendayung ke ladang untuk mencari klu yang betul.

Akhir sekali mereka dikehendaki menaiki jet ski ke Bahi Beach dan di bawa ke pitstop di Teluk Misibis dengan menaiki jip.

Berikut merupakan pasukan-pasukan yang tiba di pit stop mengikut turutan:
1. Khairie & Ethan (Malaysia) Previous: 3
2. Richard & Richard (Philippines) Previous: 1
3. Claire & Michelle (Singapore) Previous: 7
4. Sunaina & Dimple (India) Previous: 2
5. Jess & Lani (Philippines) Previous: 4
6. Ivan & Hilda (Malaysia) Previous: 6
7. Hussein & Natasha (Indonesia) Previous: 5
8. Manas & Sahil (India) Previous: 8

Khairie dan Ethan sekali lagi mengulangi pasukan pertama tiba di pitstop pada episod kali ini dan mengalahkan beberapa pasukan yang agak kuat lain dan seperti yang diduga mengikut carta prestasi, akhirnya Manas dan Sahil disingkirkan dari perlumbaan.

Jom kita saksikan carta prestasi minggu ini:

1. Richard & Richard (Philippines): 9 + 9 + 4 + 9 + 6 = 37 points
2. Sunaina & Dimple (India): 7 + 8 + 9 + 8 + 4 = 36 points
3. Khairie & Ethan (Malaysia): 10 + 6 + 5 + 7 + 7 = 35 points
4. Ivan & Hilda (Malaysia): 5 + 10 + 7 + 4 + 2 = 28 points
5. Claire & Michelle (Singapore): 8 + 4 + 6 + 3 + 5 = 26 points
6. Jess & Lani (Philippines): 3 + 3 + 3 + 6 + 3 = 18 points
7. Hussein & Natasha (Indonesia): 2 + 2 + 8 + 5 + 1 = 18 points

Minggu ini, carta prestasi menunjukkan Hussein dan Natasha serta Jess dan Lani berada di kedudukan yang lemah akan tetapi mengikut kedudukan check-in ke pitstop, Jess dan Lani sekali lagi berada dikedudukan yang selesa. Ini mungkin kelebihan bagi mereka dan adakah pasangan anak beranak Hussein dan Natasha bakal berdepan dengan penyingkiran minggu depan? Kita saksikan episod seterusnya.




Share/Bookmark


Nak duit lebih? Jom jana pendapatan. KLIK SINI

Next previous home
Related Posts with Thumbnails